NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hamid Bador diminta dedah adakah kes kematian Adib ada ‘arahan’ politik juga - Pembela


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador diminta untuk mendedahkan sama ada Kes Kematian Adib yang sudah lama tertangguh adalah kerana ‘arahan’ politik.

Demikian itu yang dipersoalkan oleh Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya melalui laman Facebook rasmi beliau memandangkan pendedahan Hamid mengenai PDRM dikuasai oleh ‘orang politik’.

Aminuddin juga mempersoalkan apakah cadangan ‘inkues kedua’ yang sering diperkatakan oleh Hamid selama ini benar-benar ideanya atau sebenarnya ‘arahan’ orang politik.

“Dari sini, kita mahu tahu apakah pendirian ‘inkues semula’ ini adalah dari Menteri, atau beliau sendiri. Rakyat benar-benar mahu tahu; inilah peluang membersihkan namanya jika tersilap dahulu.

“Jika Tan Sri Hamid Bador memilih untuk berdiam diri, tidak mengapalah. Kita boleh anggap itulah pendirian yang dibuat oleh beliau sendiri sebagai KPN dahulu dan rakyat akan ingat selama-lamanya”, katanya.

Abdul Hamid menamatkan kontrak perkhidmatan jawatan KPN semalam setelah dua tahun menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan menyerahkan posisi itu kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo