Bersama Dengan PAS: Dulu, Kini, Dan Selama-Lamanya - Raja Petra Kamarudin



Ringkas cerita, saya ikut langkah PAS. Di mana PAS pergi, disitulah saya juga akan pergi. PAS ke kiri, saya ke kiri. PAS ke kanan, saya ke kanan. PAS gohed, saya gohed. PAS gostan, saya gostan.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Arwah Tok Guru Abdul Rahman Petani memberitahu kita bahawa, semasa di akhirat esok hari nanti, kita akan ditanya tentang amalan kita semasa di dunia. Sekiranya amalan kita kurang sempurna atau tidak cukup untuk elak dari di masukkan kedalam neraka, akhir sekali, untuk menyelamatkan kita dari bala neraka jahanam, kita akan ditanya sama ada ataupun tidak kita berkawan dengan ulama’, atau pun berkawan dengan orang yang berkawan dengan ulama’.

Mudah sangat kita boleh mengelak dari disumbatkan kedalam neraka — hanya dengan berkawan dengan ulama’. Lagi baik dari kita tunggang tunggek lima kali sehari dan pergi umrah tiap-tiap tahun tetapi perangai munafiq sampai Syaitan pun kalah.


Inilah perangai orang Melayu. Kalau cakap bab agama, gila berapi-rapi. Mufti pun kalah. Tetapi, kalau tengok perangai munafiq mereka, Syaitan pun kalah. Ini belum kira lagi perangai syirik dengan kepercayaan ilmu hitam, tangkal, bomoh, dan banyak lagi kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Dan jenis Melayu macam inilah yang bertanya kepada saya tentang pendirian saya, yang mereka anggap sebagai tidak berpendirian. Hello! Saya yang tidak berpendirian? Bukankah engkau yang tunggang tunggek dan lepas sahaja memberi salam terus berperangai macam Iblis? Buat apa sembahyang kalau perangai macam itu?

Tak usah soal tentang pendirian saya. Pendirian saya senang dan jelas. Saya sokong PAS dan Tok Guru Abdul Hadi Awang; dulu, kini, dan selama-lamanya. Falas?

Kiblat saya ialah Tok Guru Abdul Hadi Awang

Saya mula menyokong Tok Guru dan PAS semenjak tahun 1977. Pada tahun 1990, apabila PAS bersama Semangat 46 didalam PRU 1990, saya juga sokong Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46.

Pada tahun 1998, apabila tercetusnya pergerakan Reformasi, pada mulanya saya memang tidak menyokong pergerakan itu. Apabila pergerakan Reformasi bertukar menjadi parti, iaitu Parti Keadilan Nasional (PKN), dan apabila PAS bersama PKN, saya juga mula sokong pergerakan Reformasi dan PKN.

Ringkas cerita, saya ikut langkah PAS. Di mana PAS pergi, disitulah saya juga akan pergi. PAS ke kiri, saya ke kiri. PAS ke kanan, saya ke kanan. PAS gohed, saya gohed. PAS gostan, saya gostan.

Ada yang tanya saya sebab apa pada satu masa dulu saya sokong DAP. Saya sokong DAP sebab DAP sokong PAS. Apabila DAP bermusuh dengan PAS, maka saya juga bermusuh dengan DAP. Susah sangat ke hendak faham perkara yang begitu mudah untuk difahami?

Semasa DAP bersama PAS, kita juga bersama DAP

Mudah cerita, sayang sekali sekarang kita ini hidup dizaman dimana undang-undang tidak membenarkan saya memancung kepala pemimpin-pemimpin DAP. Sekiranya tidak, ramai orang DAP yang hari ini bongkak, biadap dan rakus kuasa sudah lama menjadi arwah.

Bagaimana pula dengan Umno? Sama juga! Sekiranya Umno berkawan dengan PAS, kita berkawan dengan Umno. Kawan PAS, adalah kawan kita, musuh PAS, adalah musuh kita. Dan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad memberi duit royalti minyak kepada Terengganu dan Kelantan, maka kita juga akan menyokong Mahathir. Jasa Mahathir kepada kerajaan PAS wajib dibalas.

Itu hakikat pendirian saya. Sekarang sudah faham atau tidak?

Ini gulungan munafiq yang bermusuh dengan Islam dan berkawan dengan kafir
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post