Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) memandang serius tindakan majikan yang memukul pengawal peribadi dengan rotan dan mengancam dengan mengajukan pistol kerana tidak suka dengan pengawal tersebut berpuasa.
Tindakan yang diambil secara wewenang memukul sambil menghina agama dan mengancam dengam pistol adalah perbuatan jenayah dan terkait dengan membenci amalan dan hak asasi manusia bagi kebebasan beragama dinegara ini.
Tindakan majikan tersebut memperlihatkan sikap seolahnya anti agama, diluar batas perikemanusiaan dan melanggar undang-undang perkerja dan majikan dinegara ini.
Selain itu perbuatan tersebut juga sangat bertentangan dengan amalan semua agama yang ada dinegara ini yang menghormati amalan agama masing-masing sebagaimana yang ada dalam perlembagaan negara bagi menjaga keharmonian dan perpaduan nasional.
Tiada paksaan kepada mana-mana pihak untuk menghalang amalan agama seseorang individu terutamanya Islam sebagai agama persekutuan.
Tindakan tegas dan pantas yang diambil oleh pihak polis sangat wajar diberi pujian dan sokongan bagi menyelesaikan isu ini dan menjaga ketenteraman awam dinegara ini.
Tidak ada suatu undang-undang dinegara ini yang membenarkan seseorang atau majikan boleh mengambil tindakan sendiri untuk mendera,mengancam dan melakukan jenayah sesuka hati, melainkan ianya akan dikenakan tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan undang- undang yang ada dalam negara ini.
UMMAH mendesak satu tindakan yang tegas mesti diambil kepada mana-mana pihak yang cuba melanggar mana-mana perbuatan jenayah yang berlaku dalam negara ini.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
15 April 2021
No comments
Post a Comment