NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KKM cadang PBT tutup bazar Ramadan langgar SOP



– Oleh HAIKA KHAZI

15 APRIL : Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) menutup operasi dan mengenakan kompaun kepada penganjur dan pengunjung bazar Ramadan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata KKM juga sudah melakukan penurunan kuasa mengeluarkan kompaun kepada penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan pengunjung dan penganjur Bazar Ramadan mengikut SOP ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, tindakan berkenaan perlu selepas kerajaan menerima banyak aduan orang ramai mengenai ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan di beberapa lokasi di seluruh negara.

“Sebelum ini PBT (Datuk Bandar, YDP dan Pegawai Penguatkuasa Gred 19 dan ke atas) telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta 342 dan mempunyai kuasa untuk memberikan apa-apa arahan di bawah Akta 342.

“Sekiranya orang yg di arahkan oleh PBT tersebut gagal / tidak mematuhi arahan, maka orang tersebut telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta 342.

“Bagaimanapun, mulai 14 April 2021, PBT telah dilantik sebagai pegawai boleh kompaun di bawah Seksyen 25 Akta 342 dan diberi kuasa bagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya,” katanya dalam sidang media selepas melancar buku berkaitan COVID-19 di Putrajaya hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham mengesahkan KKM kini sedang membuat persiapan untuk menghantar tambahan 500 petugas kesihatan dan perubatan ke Sarawak bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di wilayah terbabit.

“Kami melihat sendiri status COVID-19 di sana, termasuk meninjau fasiliti dan petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID19 (PKRC) di Stadium Perpaduan dan keadaan masyarakat rumah Panjang di Seri Aman.

“Berdasarkan keadaan dan dapatan daripada lawatan segera itu, kami mendapati wujud keperluan segera untuk menambah lebih kurang 500 petugas tambahan ke negeri itu, bermula 21 April ini,” katanya. 

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2021/04/15/kkm-cadang-pbt-tutup-bazar-ramadan-langgar-sop

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo