NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sokong PN Sebab Mahukan Platform Jalankan Tugas Wakil Rakyat Lebih Baik – Steven Choong




JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon menegaskan tindakannya menyokong Perikatan Nasional (PN) adalah kerana dia ingin memastikan agar dapat menjalankan tugasnya dengan baik selaku wakil rakyat, bukan sahaja di peringkat negeri malah juga di peringkat nasional.

“Untuk lakukannya, saya kena ada platform. Saya tidak minta jawatan sebagai menteri sebaliknya hanya mahukan akses supaya isu nasional seperti pencemaran boleh sampai kepada menteri yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyertai lawatan kerja Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ke Sungai Kim Kim, di sini pada Selasa

Pada 28 Feb lepas, Choong dan Ahli Parlimen Julau, Sarawak, Larry Sng Wei Shien menyatakan mereka menyokong kerajaan PN, dan ia disahkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui laman Facebook miliknya yang memaklumkan telah menerima akuan bersumpah daripada dua Ahli Parlimen berkenaan.

Sementara itu, Choong yang sebelum ini merupakan Ketua Cabang PKR Tebrau semasa ditanya sama ada sudah menerima surat saman daripada PKR berhubung tindakannya menyokong PN berkata, surat itu telah pun diterimanya pada Isnin menerusi kurier.

“Saya sudah minta peguam saya untuk memberi maklum balas surat itu yang menuntut saman RM10 juta. Saya juga bersedia untuk bawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

– BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo