Gendang ‘Perang’ telah dipalu, BERSATU mahu tanding semua kerusi UMNO di Terengganu?


CHUKAI: Bibit ‘perang politik’ di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan UMNO di Terengganu mula tercetus apabila BERSATU bertekad mahu bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi UMNO.

Ia berikutan BERSATU Terengganu mengesahkan akan menggerakkan jenteranya untuk merampas dua kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Perkara itu ditegaskan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Razali Idris yang berkata keputusan itu dibuat selepas UMNO mengumumkan tidak akan kerjasama dengan parti itu bagi menghadapi PRU-15.

“Kita akan berbincang dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk meletakkan calon ERSATU menentang calon UMNO terutama di dua kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN itu.


“Kita akan bincang selepas jawatankuasa BERSATU negeri bersetuju meletakkan calon menentang UMNO pada PRU akan datang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program ‘KETENGAH Ambik Cakne’ dan majlis penyampaian sumbangan ‘Kembali Ke Sekolah’ di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Gajah, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KETENGAH Holding Sdn Bhd (KHSB), Mohd Zaid Sulaiman; Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri berkata, pihaknya tidak berdepan masalah jika UMNO tidak bersama BERSATU dan PN menghadapi PRU.

“Kita berterima dengan sikap keterbukaan dan keputusan UMNO. Kita tidak ada masalah dan sebagai ahli politik, pilihan raya adalah kerja kita.

“BERSATU juga merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pimpinan UMNO kerana masih sudi bekerjasama dengan PN bagi menangani penularan COVID-19 serta bersama kerajaan meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post