NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu murtad: Sedih, mana pemimpin Melayu? Kenapa tidak kecam Guan Eng


BANGI, 26 Rejab 1442H, Rabu – Sikap senyap menikus pemimpin politik Melayu berhubung kenyataan ‘murtad’ Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng amat dikesali.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya yang kecewa dengan isu tersebut percaya, tindakan berkenaan bertitik tolak daripada sikap pemimpin Melayu itu sendiri.

Dakwanya, saling bercakaran di antara satu sama lain dalam hal politik telah menyebabkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menghina kesucian agama Islam.

“Kita berasa sedih kerana apabila pemimpin-pemimpin politik Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri, maka ada pihak yang akan mengambil kesempatan melemparkan kata-kata dusta terhadap agama kita tanpa segan silu.

“Sampai sekarang kita tidak nampak apa-apa arus kuat dari pemimpin-pemimpin politik Melayu mengecam kenyataan Lim Guan Eng mengenai larangan murtad,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau, hari ini.

Terdahulu, Guan Eng mempertikaikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila mempertahankan tindakan wakil rakyat melompat parti, sekiranya mendakwa sebagai sebuah pentadbiran yang berpegang pada prinsip-prinsip bersih.

“Sebagai seorang beragama Islam, murtad itu tidak dibenarkan kenapa lompat parti boleh dalam politik?

“Kami akan tetap rujuk kes lompat parti ini ke mahkamah,” katanya.

Sumber:https://ismaweb.net/2021/03/10/isu-murtad-sedih-mana-pemimpin-melayu-kenapa-tidak-kecam-guan-eng/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo