NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalimah Allah: KDN tunggu penghakiman bertulis


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memutuskan tindakan susulan daripada aspek perundangan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan berkaitan isu kalimah ‘Allah’ dan hal-hal lain yang dibawa Jill Ireland Lawrence Bill terhadap KDN semalam.

“Semua pihak juga diseru untuk tidak membuat sebarang spekulasi mahupun tafsiran sendiri ke atas keputusan mahkamah tersebut.

“Proses perundangan dan kehakiman negara perlu dihormati oleh semua pihak,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan lain dibenarkan kepada orang Kristian ialah solat, Kaabah dan Baitullah.

Pada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’ dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di lapangan terbang di Sepang.

Susulan itu, Jill memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula CD itu dan relif hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Dalam prosiding semalam, Jill selaku pemohon diwakili peguam Lim Heng Seng, Annou Xavier dan Tan Hooi Ping, manakala Shamsul mewakili Menteri di KDN dan kerajaan selaku responden.- UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo