NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Presiden PAS tawar diri disuntik vaksin

 – Oleh HAIKA KHAZI

9 FEB: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan dan individu terawal bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 di Malaysia.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, langkah berkenaan adalah sokongan beliau terhadap usaha kerajaan memerangi wabak pandemik.

Berikutan itu, beliau mengajak semua pihak bersama menggembleng usaha melawan COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Saya telah mendapat taklimat berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan khususnya mengenai kepentingannya terhadap kelompok dalam masyarakat supaya mempunyai daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit ini.

“Justeru, saya ingin menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada penerima awal suntikan vaksin COVID-19 bersama-sama Perdana Menteri sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi pandemik ini.

“Fokus utama kita sekarang adalah memastikan keselamatan rakyat terjamin dan ekonomi negara kembali pulih,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook hari ini.

Pada 4 Februari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula pada hujung bulan ini dengan melibatkan 80 peratus penduduk atau 26.5 juta orang akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo