NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Logo Parti Atau Logo Gabungan, Yang Mana Pilihan Rakyat Zon Pantai Timur?



Secara keseluruhan, lebih daripada separuh responden (55.2%) tidak pasti dengan logo yang sesuai digunakan oleh gabungan parti-parti di Malaysia. Manakala 28.45% bersetuju agar parti-parti menggunakan logo gabungan sementara selebihnya bersetuju agar parti mengekalkan logo masing-masing

55.2%: Tidak pasti
28.45%: Setuju guna logo gabungan
16.35%: Setuju guna logo parti


PECAHAN KAUM
Dapatan secara spesifik mengikut kaum Melayu, Cina dan India juga menunjukkan dapatan yang sama dengan dapatan umum


KUMPULAN PENDAPATAN ISI RUMAH
Golongan pendapatan isi rumah B40 dan M40 juga mempunyai dapatan yang konsisten dengan dapatan yang umum

Walaubagaimanapun, responden golongan T20 secara jelas memilih logo gabungan (samaada PN, MN, PH) sebagai pilihan yang utama (63%) mengatasi pilihan-pilihan yang lain


KUMPULAN UMUR
Semua kumpulan umur kecuali kumpulan umur 51-60 tahun juga secara majoriti tidak pasti dengan logo yang menjadi pilihan

Walaubagaimanapun bagi kumpulan umur 51-60 tahun, peratus yang memilih logo gabungan adalah sama banyak dengan mereka yang menyatakan tidak pasti

Secara jelas, peratus responden yang memilih logo parti adalah yang paling rendah berbanding yang lain

Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari website QGA: https://qgenanalysts.org/publications/

#QGenAnalysts
#GeneratingImpactfulResearch


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo