NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid 19: Penyelesaian Isu Ekonomi


Covid-19 hari ini pasti merencatkan ekonomi. Kitaran ekonomi itu terlekat dan agak ketat untuk berputar. Daripada pengeluar, pembekal sehinggalah kepada pembeli dan pengguna.

Hakikatnya sebelum Covid lagi kitaran ekonomi ini sudah semakin ketat, disebabkan percukaian seperti GST dan SST yang dikenakan kepada semua orang, miskin dan kaya.

Percukaian cara barat ini menyebabkan kuasa beli itu lemah. Apabila kuasa beli itu lemah, maka kitaran ekonomi semakin lembab. Di bawah ini sekadar contohnya,

1) Abdul pembeli burger Ahmad. Sejak kenaikan harga barang keperluan dapur, menyebabkan Abdul terpaksa mengurangkan pembelian burger Ahmad yang digemarinya.

2) Apabila pembelian Abdul dan lain lain semakin kurang, maka pendapatan Ahmad semakin susut. Ahmad asalnya merancang untuk membeli kereta dengan hasil jualan burger, terpaksa menangguhkan hasratnya. Beliau terpaksa berpada dengan kereta sedia ada.

3) Apabila orang orang seperti Ahmad yang mengalami masalah penyusutan pendapatan, maka syarikat penjualan kereta juga turut bermasalah apabila pembelian kereta berkurangan.

Begitulah seterusnya.

Realiti ini sudah terjadi sebelum Covid lagi menggambarkan kuasa beli semakin lemah di kalangan rakyat. Antara faktor yang melemahkan kuasa beli ialah cukai cukai yang diperkenalkan, yang tidak selari dengan cara Islam.

Nabi SAW bersabda

Ų£Ł†َّ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ł‚ŲÆ Ų§ŁŲŖŲ±Ų¶ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡Ł… ŲµŲÆŁ‚Ų©ً ŁŁŠ Ų£Ł…ŁˆŲ§Ł„Ł‡Ł…, ŲŖُŲ¤ْŲ®َŲ° Ł…Ł† Ų£ŲŗŁ†ŁŠŲ§Ų¦Ł‡Ł…, ŁŲŖُŲ±َŲÆُّ ŁŁŠ ŁُŁ‚Ų±Ų§Ų¦Ł‡Ł…

Allah SWT memfardhukan sedekah (zakat) pada harta mereka, diambil daripada orang kaya di kalangan mereka dan dikembalikan kepada orang miskin di kalangan mereka (Muttafaq Alaih)

Hadis ini menceritakan tentang zakat. Zakat boleh dikatakan sebagai sistem percukaian dalam Islam. Cukai dalam Islam hanya dikenakan kepada golongan tertentu sahaja, dan hasil kutipannya diberikan kepada golongan tertentu sahaja.

Manakala cukai cara barat dikenakan kepada semua lapis masyarakat. Kesannya menyebabkan kuasa beli itu lemah. Apabila kuasa beli lemah, maka kitaran ekonomi tadi menjadi lembab dan ketat.

Justeru, sebagai penyelesaiannya perlu kepada usaha menghapuskan sebarang percukaian yang membebankan semua orang. Sebaliknya cukai hanya dikenakan kepada orang orang tertentu sahaja.

Apabila orang orang miskin tidak dikenakan cukai contohnya, maka kuasa beli akan semakin meningkat, sekaligus akan menggerakkan semula kitaran ekonomi. Sedikit demi sedikit.

Sekadar ini ulasan santai saya, semoga bermanfaat. Gambar sekadar hiasan.

- Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil, Selasa, 2 Februari 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo