NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Kerajaan Hantu?” — 28 Feb ini sesuatu yang besar akan berlaku?



BENARKAH sesuatu yang besar akan berlaku dalam politik negara pada 28 Februari ini?

Benarkah satu Kerajaan Hantu atau dikenali sebagai Ghost Government akan dibentuk melalui satu lagi pakatan? Apakah seorang Perdana Menteri interim akan dilantik?

Apakah firasat saya ini satu omongan kosong atau mimpi sahaja?

Bisik-bisik dalam drama politik sekarang cukup panas.

Benarkah gabungan itu akan mewakili puak UMNO (Zahid Hamidi dan Najib Tun Razak), puak-puak menteri UMNO dalam Kabinet, puak Anwar Ibrahim dalam PKR, puak DAP dan beberapa pihak lain.

Apakah Bersatu akan berputih mata? Belum dipastikan kedudukan PAS lagi? PAS seboleh mungkin tidak mahu bersekongkol dengan DAP. Difahamkan ada juga antara menteri kanan Bersatu yang tidak sedar dengan grand design ini.

Perancangan besar ini dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang kononnya ada kepentingan dengan Tun Mahathir Mohamad? Beliau yang membuat perancangan ini? Tun adalah mastermind?

Namun difahamkan PM interim ini bukan Tun Mahathir, tapi orang lain. Difahamkan seorang menteri dalam Kabinet Muhyiddin akan menjadi PM interim? Kononnya, Setiausaha Agung bagi gabungan ini pula ialah dari DAP. Tidak pasti siapa; apakah Lim Guan Eng atau pun Anthony Loke?

Apakah perancangan ini juga membabitkan pihak strategik negara?

Hari ini Tuanku Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap Tan Sri Speaker Dewan Negara dan Datuk Speaker Dewan Rakyat. Desas desus soksek soksek mengatakan ada pihak sedang mendesak Agong memansuhkan Proklamasi Darurat dan memanggil sidang Dewan Rakyat untuk membolehkan suatu undi tidak percaya dikemukakan terhadap Muhyiddin.

Nampaknya politikus-politikus di negara ini masih kuat berpolitik walaupun dunia sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19!

Saya tak mahu mengulas panjang. Jika tak betul anggaplah ia sebagai angan-angan mat jenin sahaja. Pening dengan politik Malaysia.

— BebasNews

Sumber: https://bebasnews.my/?p=55040


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo