Responsive Ad Slot

Buku Tommy Thomas: Surat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri




Antara kandungan: Kerajaan akan sentiasa memerhatikan dan bertindak mengikut undang-undang terhadap sebarang usaha memperkecilkan badan perundangan dan kehakiman serta pegawai-pegawainya.

YBhg. Tan Sri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / To’ Puan / Datin / Tuan / Puan
Para Pegawai Perundangan dan Kehakiman Malaysia yang saya hormati,

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Saudara/i yang saya hormati,

1. Saya merujuk kepada buku biografi tulisan mantan Peguam Negara,Tommy Thomas, bertajuk "My Story: Justice in the Wilderness".

2. Sebagaimana juga Saudara/i, setelah meneliti kandungan dan intipati buku tersebut secara tekun, saya turut terkesan dan merasakan banyak aspek dalam buku tersebut yang ‘karut’ terutama sekali yang menyentuh soalakauntabiliti, ketelusan dan keadilan Pegawai Undang-undang yang bertugas di Jabatan Peguam Negara dan juga di Mahkamah di seluruh pelusuk negara.

3. Sebagai seorang bekas Pegawai Undang-undang di Mahkamah ketika permulaan kerjaya saya dalam bidang perundangan di tahun 1980an dulu dan juga Ahli JALSOA, saya amat percaya bahawa setiap pegawai undang-undangyang berkhidmat akan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip utama undang-undang. Dengan berpegang kepada prinsip tersebut, kita akan sentiasa bertindak dalam ruang lingkup undang-undang, bebas dari sebarang
pengaruh, dorongan, tekanan, ancaman atau gangguan, sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana pihak yang menjurus ke arah menjejaskan integriti dan tugasan pegawai undang-undang.

Justeru saya berpandangan penulisan buku tersebut jelas menjurus kepada unsur ‘penghinaan’ serta bersifat “mala fide” yang berkesan akibatnya telah menjatuhkan integriti serta maruah institusi perundangan negara amnya dan pegawai-pegawai undang-undang khasnya.

4. Adalah amat jelas pada umumnya Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah merupakan institusi perundangan yang sentiasa bersikap terbuka serta menerima baik segala pandangan dan cadangan dari dalam dan luar mahupun kritikan yang membina. Inilah sikap kita yang menghormati prinsip“fundamental liberties” atau kebebasan asasi yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kita anggap teguran yang membina itu boleh meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan tugas-tugas kehakiman dan perundangan dalam kalangan pegawai-pegawai kita. Walau bagaimanapun, teguran tersebut hendaklah dibuat dengan niat ikhlas dan “with reasonable courtesy and responsiblity within
the limits of the law”.

5. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Undang-Undangserta pernah menjadi Pengamal Undang-undang sejak tahun 1990, saya amatpercaya bahawa proses keadilan tidak boleh dilaksanakan dengan baik, lancar dan berkesan tanpa sokongan daripada pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara dan di Mahkamah serta juga pengamal undang-undang disektor swasta. Integrasi serta kerjasama ketiga-tiga sektor ini mampu memastikan undang-undang dan keadilan dapat ditegakkan dalam masyarakat kita.

Saya turut yakin kebolehan, komitmen, dedikasi, kemahiran serta kejujuran pegawai-pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara dan di Mahkamah tidak boleh dipersoalkan sama sekali. Setiap tugasan yang dilaksanakan mereka adalah mengikut lunas undang-undang secara tersurat
mahupun tersirat (expressly and impliedly), tidak sekali-kali mengikut selera sendiri malah jauh dari bertujuan meraih populariti di mata mana-mana pihak.

6. Justeru itu saya memberi jaminan pihak Kerajaan akan sentiasa memerhatikan dan bertindak mengikut undang-undang terhadap sebarang usaha memperkecilkan badan perundangan dan kehakiman serta pegawai-pegawainya. Tegasnya prinsip ‘the rule of law’ perlu dijadikan garis panduan bagi setiap individu mahupun kumpulan dalam membuat sesuatu keputusan dan pertimbangan. Oleh itu semua pihak tertakluk kepada undang-undang, “no man is above the law and everyone, whatever his condition or rank is, is subject to the ordinary laws of the land”.

7. Oleh itu saya berseru kepada Saudara/i pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara dan di Mahkamah terus menanam azam dan semangat yang tinggi untuk menjayakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita bagi mendokong prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang negara Malaysia tercinta “without fear or favour”.

Terima kasih ikhlas daripada saya buat kalian,

Takiyuddin Hassan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-Undang)
06 Februari 2021

Sumber: https://www.facebook.com/112510087040722/posts/238632927761770/


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo