NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tommy Thomas: The Dap Connection


Sebagai ingatan, buku Tommy Thomas haruslah dibaca dalam konteks berikut:

(1) Pengakuannya hanya Liew Chin Tong dan Syahredzan Johan pemimpin parti yang diberi tugas menyemak, membetul dan meng‘endorse’ buku ini.

(2) Pengakuannya menyokong dan sangat memuji ideologi sosialis demokratik, iaitu satu ideologi yang juga menjadi pegangan rasmi kepada DAP.

(3) Pengakuannya tertarik dengan prinsip Malaysian Malaysia, iaitu satu prinsip yang menjadi teras kepada perjuangan DAP dan sebelumnya PAP.

(4) Pengakuannya ibu bapanya menyokong pemimpin DAP dan tidak pernah mengundi parti kerajaan walau keduanya makan gaji dengan kerajaan.

(5) Pengakuannya mendengar (bersama bapanya) ceramah C V Devan Nair dan V David dalam PRU 1964 dan ceramah V David dalam PRU 1969.

(6) Pengakuannya menemui dan menasihati Lim Kit Siang dan Karpal Singh pada akhir 1987 bila mewakili Lim Kit Siang dalam kes UEM.

(7) Pengakuannya menemui Karpal Singh untuk meminta restunya (dan Lim Kit Siang) ke atas hasratnya menjadi Peguam Negara pada akhir 2012.

(8) Pengakuannya Lim Kit Siang pemaklum/pemberi tahniah pertama bila Majlis Presiden PH memilih dan YDPA melantiknya menjadi Peguam Negara.

(9) Pengakuannya kenal rapat para pemimpin DAP, termasuk Gobind Singh, Kula Segaran dan Teresa Kok, sesetengahnya selama berabad-abad.

(10) Pengakuannya marah kepada pemimpin-pemimpin Melayu PH kerana tidak mempertahankan Menteri-Menteri DAP bila mereka diserang.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo