NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan rasmi PRK Kuala Kubu Baharu dijangka seawal 9 malam – SPR

Pengundi membuang undi bagi menunaikan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Kuala Kubu Baharu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khing Ming, Kuala Kubu Baharu. Foto MOHD ADZLAN, 11 MEI 2024.


KUALA KUBU BAHARU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan diumumkan seawal jam 9 malam. 

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, ia berdasarkan kepada perjalanan proses pengundian yang lancar dan teratur.

“Keputusan rasmi PRK Kuala Kubu Baharu dijangka diumumkan oleh SPR jam 9 malam ini,” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, hari ini. 

Azmi meluangkan masa kira-kira setengah jam bagi melihat proses pengijsi rasmi yang berlangsung hari ini setelah kempen 14 hari tamat semalam.

Selepas semua 18 pusat pengundian ditutup jam 6 petang, semua kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Dalam pada itu, Azmi memaklumkan peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi adalah pada 26 peratus.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Seramai 39,269 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi memilih ADUN di kawasan ini. 

Sebanyak 18 pusat pengundian yang mengandungi 74 saluran mengundi dibuka serentak bermula pukul 8 pagi dan ditutup pukul 6 petang. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo