NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penangguhan rasmi Kongres Perpaduan Negara 2021

       

KONGRES PERPADUAN NEGARA 2021

KENYATAAN RASMI

Ų§Ł„Ų³Ų§Ł„Ł… Ų¹Ł„ŁŠŁƒŁ… ŁˆŲ±Ų­Ł…Ų© Ų§Ł‡Ł„Ł„ ŁˆŲØŲ±ŁƒŲ§ŲŖŁ‡

 

 Susulan pengumuman rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, maka dimaklumkan bahawa Kongres Perpaduan Negara 2021 anjuran bersama Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) dan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang akan diadakan pada 16 dan 17 Januari 2021 (Sabtu dan Ahad) ini DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Penganjuran Kongres memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama serta sokongan yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.

JAWATANKUASA PENGANJURAN KONGRES PERPADUAN NEGARA 2021

Tarikh: 11 Januari 2021 (Isnin)

Masa: 6.45 petang
















Sekretariat Kongres Perpaduan Negara 2021
No. 3, Jalan 222, Petaling Jaya, Selangor | Tel.: 03 - 7954 5900 | Faks.: 03 - 7954 2900
Tel. Bimbit: 019 - 380 0484 (Dr. Asyraf Isyraqi) | Tel. Bimbit: 013 - 624 3153 (Us. Abdul Rahim) e-Mel: perpaduan2020@gmail.com

 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo