NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sumbangan di Pos Sempadan Bersama Dato' Panglima Perang


RANTAU PANJANG: Kerajaan Kelantan menyokong permohonan  Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk menaik taraf 12 pos  kawalan sempadan di negeri ini bagi memberi keselesaan kepada penguatkuasa dalam menjalankan tugas

EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan Datuk Nasaruddin Daud berkata, melalui sokongan itu, kerajaan negeri bersetuju membenarkan penggunaan tanah milik kerajaan negeri.

"Permohonan sudah dibuat dan kita yakin  ia dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat  yang sentiasa mengambil berat. Permohonan dah di buat dan kita memberi sokongan, "katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada petugas-petugas PGA di Pos Kubang Pak Hitam

Hadir sama, Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Deputi Superintendan Ku Majidin Che Ku Jusoh.

Nasaruddin berkata, PGA bersama kerajaan negeri telah  mengenalpasti lokasi yang sesuai dan pihaknya tidak ada masalah untuk meluluskannya.

Dalam pada itu, Ku Majidin  menghargai sumbangan dan ingatan yang diberikan kerajaan negeri sekaligus membakar semangat pihaknya untuk melaksanakan tugasan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo