NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS sentiasa prihatin dengan nasib Mu’allaf, Al-hamdulillah!




DALAM Islam, Mu’allaf adalah panggilan untuk individu bukan-Islam atau bukan-Muslim yang mempunyai harapan untuk memeluk Islam atau warisan Islam yang imannya masih perlu disokong dan diperkuat.

Makna Mu’allaf adalah luas. Konsep Mu’allaf umum, bukan hanya mereka yang baru memeluk Islam, bahkan mereka yang belum memeluk Islam dapat dikategorikan sebagai Mu’allaf jika ia akan didekati oleh hatinya, bahkan orang bukan-Islam yang perlu kita dekati dia, untuk memberikan perlindungan kepada umat Islam, dapat dianggap Mu’allaf. Dalam surah at-Taubah ayat 60 disebutkan bahawa Nu’allaf adalah antara mereka yang berhak menerima zakat.

PAS Miri dan PAS Cawangan Senadin bersama dengan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Miri telah mengunjungi beberapa keluarga Mu’allaf yang kurang bernasib baik dan terjejas oleh banjir di sekitar Kampung Batu Satu, Kampung Muhibbah, Kuala Baram dan Tudan. Banyak keluarga Mu’allaf dan penduduk kampung yang terjejas oleh banjir masih memerlukan bantuan untuk memperbaiki rumah mereka yang rosak.

PAS Miri telah menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban keluarga yang dikunjungi. Terdapat juga ibu tunggal, pesakit kurang upaya dan keluarga miskin yang masih memerlukan perhatian.

Sekali lagi, kami menggesa pihak berwajib dan pihak-pihak yang berkaitan untuk segera membantu menyalurkan keperluan asas dan membina saluran perparitan untuk mencegah banjir berulang, terutama di kawasan tanah rendah. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk menangani masalah ini dengan segera amatlah dihargai.

JOFRI JARAIEE ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo