NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengarut rebut jawatan PM ketika rakyat susah – Presiden PAS


KUALA LUMPUR – Pada saat ribuan rakyat disahkan positif Covid-19 hari demi hari, namun ada dikalangan politikus yang kalut membilang ahli Parlimen yang menyokong mereka kerana tidak sabar hendakkan jawatan dan kuasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap tindak-tanduk ahli politik sedemikian adalah tidak patut dan mengarut kerana sikap kemaruk kuasa itu seolah-olah tidak peka dengan wabak yang menimpa rakyat.

“Perkara yang tak patut kita buat pada masa ini berbalah siapa nak jadi Perdana Menteri, nak lantik siapa jadi Perdana Menteri? Suasana, ini semua kerja-kerja mengarut malah jelas tak peka dengan wabak yang menimpa rakyat.

“Ini mesti ditolak, dicegah, apa saja langkah-langkah yang boleh menganggu kerja masa darurat ini beerti mesti ditangani dengan peraturan yang tegas.

 
“Kalau kita berbalik kepada Islam, kita akan dapati dalam ajaran Islam semua ada sebab itu jangan ragu, jangan syak jangan was-was nak bertindak darurat demi maslahat kita semua yang menjadi tanggungjawab kerajaan,” kata Abdul Hadi.

Ahli Parlimen Marang itu mengingatkan, sepatutnya kita semua hendaklah peka dengan kesusahan yang dialami rakyat dalam waktu krisis COVID-19 yang semakin meruncing ini.

“Ada yang tidak cukup bekalan makanan, ada yang tidak boleh keluar disebabkan kuarantin, ada yang terpisah suami dan isteri kerana jauh tempat kerjanya.

“Ini bukan saatnya kita kalut berpolitik. Tumpukan perhatian kita untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan tidak kiralah sama ada daripada kalangan pihak kerajaan atau pun pembangkang,” ujar Abdul Hadi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo