NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid 19: Jangkitan kluster tempat kerja terus meningkat


23 JAN : Jangkitan COVID-19 dalam kluster tempat kerja terus meningkat apabila lapan kluster daripada 11 kluster baharu yang dikesan hari ini merupakan kluster tempat kerja.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, selain daripada lapan kluster baharu tempat kerja yang dikesan, tiga lagi kluster baharu itu melibatkan kluster komuniti, kluster keagamaan, dan kluster pusat tahanan.

“Jumlah keseluruhan kluster yang dikesan sehingga hari ini ialah sebanyak 724 kluster dan setakat ini, sebanyak 341 kluster aktif sedang dipantau oleh KKM manakala 383 kluster telah ditamatkan termasuk lima kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Rusa, Kluster Tower, Kluster Cassia Diamond, Kluster Bukit Punai dan Kluster Estate Maju.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini ialah sebanyak 84 kluster di mana tiga kluster melaporkan pertambahan kes tertinggi iaitu Kluster Tapak Bina Bali Residence (203 kes), Kluster Pasai (132 kes), dan Kluster Beringin (74 kes),” jelasnya menerusi kenyatan media harian COVID-19 hari ini.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 23 Januari 2021;
Tapak Bina Bali Residence (Melaka -Tempat kerja)
Tapak Bina Jalan Wangsa (WP Kuala Lumpur-Tempat kerja)
Jalan Timah Dua (Johor-Tempat kerja)
Persiaran Tanjung(Johor Bahru-Tempat kerja)
Kilang Setapak (Sabah-Tempat Kerja)
Jalan Canggih (Johor Bahru-Tempat kerja)
Tapak Bina Lebuh Puteri (Selangor-Tempat kerja)
Kampung Bombalai (Sabah-Tempat kerja)
Kampung Guntong Luar (Terengganu-Komuniti)
Kampung Bukit Biah (Terengganu-Keagamaan)
Tembok Sungai Udang (Melaka-Pusat Tahanan)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo