NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CIMS 2021: Persidangan Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dalam Sosio-Politik




CIMS 2021

Bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (secara dalam talian), satu persidangan yang bertujuan mengetengahkan isu sosiopolitik gerakan Islam sedunia akan diadakan pada 24 dan 25 Februari depan.

Antara aspek yang diketengahkan ialah ketokohan tokoh-tokoh gerakan Islam. Mereka yang diketengahkan antaranya ialah Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Malaysia), Prof. Dr. Ahmed al-Raissouni (Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia), Temel Karamollaoğlu - Parti Saadat (Turki), Dr. H. Salim Segaf Al-Jufri - Partai Keadilan Sejahtera (Indonesia, Prof. Dr. Kamal Herbawy (Mesir).


Ia merupakan anjuran bersama Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah dan Pusat Kajian Syariah.

Tema persidangan utama ialah “Ulama Penggerak Politik Ummah”. 

Persidangan ini mensasarkan ahli-ahli akademik, tokoh-tokoh politik, badan bukan kerajaan, aktivis gerakan Islam dan para pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta sebagai pesertanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi pegawai bertanggungjawab di talian.

YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.

Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 5660 1062 5428 (Maybank).

Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai.

#yadimpeduli #kamiprihatin
#fastabiqulkhairat

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo