Responsive Ad Slot

Terima Kasih Semua, Saya Redha – Ahmad Faizal

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menerima keputusan Dewan Undangan Negeri Perak dan tidak akan memanjangkan krisis politik ini dan akan memberi komitmen kepada proses transisi politik yang bakal berlaku selepas ini.

Ahmad Faizal secara otomatik hilang kedudukan Menteri Besar Perak apabila hanya mendapat sokongan 10 Adun Perak berbanding 30 undi diperlukan dalam usul Undi Percaya Terhadap Menteri Besar.

Beliau mengambil kesempatan berucap dalam DUN Perak mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan berharap semua projek yang dirancang dan belanjawan yang telah disiapkan akan diteruskan bagi kemajuan negeri Perak.

Sidang DUN ditangguhkan sehingga Rabu nanti bagi membolehkan Yang Di Pertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid, mengadap DYMM Sultan Perak memaklumkan keputusan DUN Perak.

Ahmad Faizal turut dijangka mengadap Tuanku Sultan bagi memberi nasihat dan pandangan terakhir sebagai Menteri Besar Perak.

Ahmad Faizal mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan dan menasihatkan Tuanku Sultan memilih Menteri Besar yang baharu atau menasihati Tuanku Sultan membubarkan DUN. Nasihat pembubaran DUN tidak semestinya diikuti oleh Baginda.

Sumber: https://suara.tv/04/12/2020/terima-kasih-semua-saya-redha-ahmad-faizal/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo