NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Bertegas Tidak Sertai Usaha Bentuk Kerajaan Perak Yang Baru

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

SOKONGAN ADUN PAS DI NEGERI PERAK

PAS mengambil maklum keputusan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak yang telah berlangsung di dalam Dewan Undangan Negeri Perak hari ini di mana tiga (3) ADUN PAS menyokongnya selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat.

Maka selaras dengan keputusan tersebut, PAS Pusat telah membuat ketetapan untuk TIDAK menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

Meski pun demikian, PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat Negeri mahupun nasional.

Terima kasih

#ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 04 Disember 2020.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo