NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KWSP Buka Permohonan i-Sinar Dalam Talian Hari Ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuka permohonan i-Sinar dalam talian hari ini.

Permohonan boleh dibuat menerusi https://isinar.kwsp.gov.my/

Seramai lapan juta ahli KWSP layak memohon i-Sinar.

Terdapat dua kategori ahli yang boleh memohon pengeluaran ini daripada caruman Akaun 1.

Untuk Kategori 1, permohonan dibuka kepada ahli yang tidak mencarum sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa permohonan dibuat, ataupun mereka yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas sejak tarikh 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my dan pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Manakala Kategori 2 pula bagi pencarum KWSP yang masih bekerja dan pencarum tetapi mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
KWSP sebelum ini memaklumkan, untuk melancarkan proses pengesahan, pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan daripada ahli iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan dan ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat dan pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

KWSP berkata, jumlah kelayakan untuk mengeluarkan wang dari i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini.

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Manakala ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1 dengan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

KWSP menggalakkan ahli-ahlinya mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima transaksi authorisation code (TAC) di kiosk atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank adalah aktif.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo