NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Mat Sabu Tidak Berasas - Penganalisis Politik

SHAH ALAM - Dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bahawa kemungkinan besar rakyat tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ekoran pengkhianatan mandat oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai tidak berasas.

Felo Penyelidik dari Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, anggapan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu itu bersifat persepsi peribadi selaku presiden parti.
“Tambahan lagi peluang sudah diberikan kepada PH untuk menjadi kerajaan.

“Selepas PH menjadi kerajaan, parti gabungan itu sentiasa dilihat sibuk berpolitik dan berpolemik sehingga tiada manfaat diterima rakyat.

“Itu yang menyebabkan rakyat muak dan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus terbubar kerajaan PH.

“Ia kemudian disusuli dengan keluarnya parti Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) daripada PH,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Jelasnya, susulan kerajaan PH terbubar, satu coalition baharu dibentuk iaitu Perikatan Nasional (PN).

“Rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 menerima banyak bantuan termasuk moratorium pinjaman. Itu menunjukkan PN lebih efektif,” katanya.

Mohamad ketika merasmikan Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan di Wisma Amanah, Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, PRU15 bakal menjadi cabaran sukar kepada parti yang bertanding disebabkan pengkhianatan mandat kepada PH menyebabkan rakyat serik untuk keluar mengundi.

Terdahulu, Mat Sabu ketika meramikan Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan di Wisma Amanah, Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, PRU15 bakal menjadi satu cabaran sukar untuk parti-parti yang bertanding disebabkan pengkhianatan mandat rakyat yang diberikan kepada PH pada PRU14 menyebabkan ada di kalangan rakyat serik untuk keluar mengundi lagi.
Sementara itu, penganalisis politik daripada Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Kartini Aboo @ Khalid pula menyifatkan kenyataan Mat Sabu lebih kepada keluhan PH sendiri sebenarnya yang telah gagal memerintah serta menunjukkan mereka sebagai sebuah kerajaan yang kukuh.

"Ramai yang gembira apabila PH jatuh, hanya penyokong tegar PH yang bising sebab sejak awal lagi ketika peralihan kerajaan berlaku pada bulan Februari ketika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan Dr Mahathir enggan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tiada bantahan di jalanan, tiada demonstrasi walaupun PH gigih mahukan rakyat turun ke jalanan," katanya.

Beliau berkata, dakwaan Mat Sabu ini juga lebih kepada bimbang PH tidak akan mendapat sokongan kerana lima PRK (Pilihan Raya Kecil) sebelum PKP dan sepanjang PKP (Chini, Slim River, Tanjung Piai, Kimanis, Semenyih) semuanya dimenangi oleh BN.

Katanya, PH kalah kerana tiada kesatuan dalam gabungan itu, malah perbezaan pendekatan terutama DAP dan sekutu tiada hala tuju hanya berkisar tentang kuasa dan impian menjadi Perdana Menteri sehingga rakyat menjadi jelak dan muak.

"Oleh itu, jika PRU15 rakyat tak mahu mengundi bukan disebabkan dakwaan pengkhianatan mandat yang diberikan rakyat kepada PH tetapi sebenarnya PH yang telah menggagalkan diri sendiri bila permuafakatan PH punah kesan peletakan jawatan Dr Mahathir kerana tertekan dengan perebutan jawatan Perdana Menteri dengan ketua pembangkang," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo