NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Krisis Politik Perak pengakhiran ‘gencatan politik’ UMNO?

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Pada akhir Oktober lalu, UMNO mengambil pendirian mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memberi tumpuan terhadap agenda membantu rakyat dan negara berdepan pandemik COVID-19 serta kegawatan ekonomi.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu turut melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

"Saya ingin menekankan beberapa pendirian UMNO antaranya mengarahkan kepemimpinan parti yang berada dalam Kabinet ketika ini untuk memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha membantu rakyat.

Belum pun berakhir kemelut Bajet 2021 diluluskan di parlimen, UMNO Perak membuat usul “Undi Percaya” kepada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Presiden BERSATU (PPBM) pada sidang Belanjawan Dun Perak semalam (4hb Disember 2020)


Apa yang berlaku dalam sidang DUN Perak adalah ‘perancangan teliti’ UMNO dengan pembangkang menolak MB kerajaan PN Perak melalui usul undi kepercayaan untuk mengelak dihidu lebih awal oleh rakan-rakan mereka BERSATU dan PASNO terhadap kerajaan mereka sendiri.
Veteran DAP. Lim Kit Siang dalam kenyataannya menyebut,”Dewan Undangan Negeri Perak melakar sejarah dunia – pencadang dan penyokong usul kepercayaan kepada Menteri Besar mengundi menentang usul mereka sendiri” 

Keputusannya adalah di luar jangkaan pelbagai pihak di mana 48 adun (24 umno dan 24 PH) menolak usul tersebut dengan hanya 10 ADUN sahaja yang menyokong Menteri Besar.

Mengikut kenyataan Setiausaha Agong BERSATU Hamzah Zainuddin,” BERSATU ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 4 ADUN Bersatu, 3 ADUN PAS, 1 ADUN UMNO dan 2 ADUN Bebas)

Manakala seorang pemimpin UMNO, Nazri Aziz dalam ulasannya kepada media menyebut perkara ini telah timbul sejak 2 bulan yang lepas tetapi tidak diketahui oleh pihak lain. 

Selanjutnya Nazri mencadangkan, UMNO bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu. 

PAS melalui kenyataan Setiausaha Agongnya, Takiyuddin Hassan dengan tegas menyatakan tidak akan menyertai usaha pembentukan untuk mereka kerajaan baru di Perak.

Pemimpin muda DAP telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO bukan sahaja di Perak tetapi juga di Johor.
Jika kemelut yang dimulakan UMNO Perak ini tidak segera berakhir, kemungkinan ianya merebak ke negeri lain tidak boleh diketepikan.

Laporan berita oleh portal Utusan Malaysia pagi ini. Osman Sapian berkata, MB Johor boleh terima nasib sama seperti Ahmad Faizal Azumu kalau 12 Adun Bersatu di negeri ini 'balas dendam' melalui usul undi percaya dalam siding DUN johor pula.

Untuk rekod Bersatu juga kehilangan kerusi Menteri Besar di Johor kepada UMNO selepas parti itu meninggalkan Pakatan Harapan membentuk Perikatan Nasional. 


Dua Menteri Besar sebelum Hasni Osman (UMNO) - Osman dan Dr Sahruddin dari Bersatu - juga tidak diberikan sebarang jawatan exco dalam kerajaan negeri sekarang.

Bagi meredakan keadaan dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Setiausaha Agongnya Ahmad Maslan menyebut kerjasama kerajaan PN di Perak kekal 

Sehingga kini Sultan belum membuat apa-apa keputusan lagi setelah bertemu dengan pemimpin-pemimpin PH dan UMNO Perak.

Secara ringkasnya, UMNO mempunyai beberapa pilihan 1) kekalkan kerajaan gabungan kerajaan PN seperti yang ada (UMNO, PPBM, PAS) dengan melantik Menteri Besar yang baharu; 2) UMNO membuat gabongan baharu bersama rakan2 komponen PH (DAP, PAN, PKR), 3) UMNO bergabong bersama PAN dan PKR tanpa DAP 

Dipihak PPBM pun, Ahmad Faizal Azumu bekas Menteri Besar Perak juga meminta penyokong mereka bersabar dan tidak membalas dendam kepada tindakan UMNO. 

Sungguhpun PAS menyatakan tidak mahu menyertai kerajaan yang baharu. penganalisis Dr Kamarul Zaman Yusof dari Universiti Utara Malaysia memberikan 22 fakta UMNO akan membuat kesilapan besar jika meminggirkan PAS di Perak. 

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, Datuk Shaharudin Abd Jabar dipetik media berkata, gabungan parti-parti di dalam PN perlu dikekalkan dengan hanya menukar Menteri Besar sahaja.

Kita tunggu kelicikan umno berpolitik disamping perkembangan selanjutnya dalam beberapa hari ini.




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo