NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan UMNO Perak tidak dibincang MKT, Biro Politik

KUALA LUMPUR : Kemelut politik membabitkan Menteri Besar Perak ketika ini tidak dibincangkan terlebih dulu dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau Biro Politik UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO juga belum memanggil sebarang mesyuarat bagi membincangkan berkenaan isu itu setakat ini.

"Setakat ini tidak ada apa-apa panggilan mesyuarat," katanya ketika dihubungi hari ini

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak gembira dengan apa yang berlaku di Perak, hari ini.

"Kita tidak berpeluang berbincang terlebih awal di peringkat Biro Politik atau MKT. Saya berdoa agar perjuangan yang seharusnya mengutamakan solidariti dan perpaduan ummah, tidak terjejas.Saya dukacita jika orang Melayu berpecah," katanya dalam mesej Twitter.

Beliau berkata, jika pun masalah yang berlaku membabitkan kredibiliti Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, ada cara lain untuk menguruskannya dan kebijaksanaan semua pihak diperlukan.

Ahmad Faizal hari ini gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya. Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/761615/keputusan-umno-perak-tidak-dibincang-mkt-biro-politik

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo