NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Di mana Suara Golongan Feminis, Pejuang Hak Asasi Dan Wanita Amanah

Pemuka feminis Malaysia, Datin Paduka Marina Mahathir, pernah menyebut: “Sebagai seorang feminis, saya mempunyai masalah dengan pertandingan ratu cantik – ia mengekalkan eksploitasi wanita sebagai hanya hiasan.” (“As a feminist, I have a problem with beauty contests – they perpetuate the exploitation of women as mere decoration.”)
Pesuruhjaya SUHAKAM, Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, pula pernah menyebut: “Pertandingan ratu cantik yang menghendaki peserta membuka aurat serta dipertontonkan kepada umum untuk diadili adalah jelas haram dan berdosa. Perlu diingat, wanita Islam bukanlah alat pertandingan. Banyak perkara boleh dijadikan mainan, tetapi bukan wanita Muslimah.”
Angkatan Wanita Parti Amanah Negara juga pernah menyelar penganjuran pertandingan ratu cantik yang disifatkan sebagai “jelas bertentangan dengan syariat Islam dan adab ketimuran kerana ianya mendedahkan aurat, tidak memberikan manfaat, mengeksploitasi wanita sebagai bahan hiburan dan sebagainya.”
Malangnya, di mana suara mereka semua tatkala masyarakat sedang panas dengan cerita pertandingan ratu cantik “Miss/Mrs Plus Malaysia 2020’s Grand Finale Gala Night” yang akan berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, pada 2 Januari ini?
Mengapa hanya suara para pemimpin PAS seperti YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Tuan Haji Kamaruzaman Mohamad dan Ustaz Nasrudin Hassan sahaja yang kedengaran?
Apakah hanya para pemimpin PAS sahaja yang istiqamah dan konsisten mempunyai kepekaan terhadap permasalahan ini?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo