NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : 2,062 Kes Baharu, Hampir 75% Dari Lembah Kelang

Kes baru penularan wabak Covid-19 terus berada pada empat angka dan melonjak kepada 2,062 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 97,389 dengan kes aktif sebanyak 17,646.

Selangor terus mencatatkan kes tertinggi, iaitu 1,014 atau hampir 50 peratus daripada semua kes baru, hari ini. Ini diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 504 kes (24.4 peratus) dan Sabah yang melaporkan sebanyak 252 kes (12.2 peratus).

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Johor (167), Negeri Sembilan (57), Pulau Pinang (23), Perak (17), Melaka (9), Pahang (6), Kedah (5), Kelantan (4), Labuan (2) dan Putrajaya (2).

Terengganu menyertai Sarawak dan Perlis yang tidak mempunyai sebarang kes.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat lapan kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini.

Kluster itu adalah seperti berikut:

  • Kluster Pasar Baru - Kluster ini melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat di Selangor.
  • Kluster Bukit Naga - Ini kluster tempat kerja di daerah Klang di Selangor.
  • Kluster Tapak Bina Residen - Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Kluster Tapak Bina Kasih - Ini pula melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Kluster Tapak Bina Sinar View - Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Kluster Paginatan - Ini melibatkan daerah Ranau, Papar, dan Kota Belud di Sabah.
  • Kluster Tampoi Jaya - Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor.
  • Kluster Rapat - Ini adalah kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah di Perak.

“Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 253 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu kluster Summer, kluster Kota Kecil, dan kluster Tenaga.

“ Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 206 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kluster-kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi adalah kluster Tapak Bina Residen (294 kes), kluster Pasar Baru (270 kes), dan kluster Seruling (221 kes)

Sementara itu, daripada keseluruhan 2,062 kes baru hari ini, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat sebanyak 911 kes pulih Covid-19. Dengan perkembangan itu, katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 79,304 atau 81.4 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 111 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19," katanya sambil menambah lelaki yang berusia 69 tahun itu bukan warga negara dan meninggal dunia di Hospital Labuan.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 439 kes atau 0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber : mkini

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo