Responsive Ad Slot

DAP Perak Sudah Mula Berpecah: Nga Kor Ming Kini Ditentang Secara Terbuka

oleh: Dr Kamarul 

Berdasarkan rekod awam, sehingga hari ini sudah dua ADUN DAP Perak menunjukkan penentangan terbuka terhadap hasrat DAP untuk bekerjasama dengan UMNO di Perak.

Tentangan pertama dibuat oleh ADUN DAP Pokok Asam, Leow Thye Yih, yang menyebut: “Saya tidak akan menyokong mana-mana calon daripada UMNO sebagai Menteri Besar Perak yang berikutnya”.

Tentangan kedua pula dibuat oleh ADUN DAP Pasir Bedamar, Terence Naidu, yang menyebut: 
Pakatan Harapan tidak seharusnya bekerjasama dengan UMNO dalam gabungan kerajaan perpaduan Perak ini
Jika agenda DAP adalah untuk memecahkan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, kelihatannya seperti DAP sendiri yang akan berpecah ekoran hasratnya untuk bekerjasama dengan UMNO di Perak ini.

KENYATAAN MEDIA ADUN DAP POKOK ASAM, LEOW THYE YIH

Saya selaku ADUN POKOK ASAM ingin menyatakan pendirian saya seperti berikut:-

1) Saya mula-mula membuat keputusan menyertai DAP pada tahun 2009 kerana pada ketika itu, Barisan Nasional diketuai oleh UMNO telah menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak. Peristiwa tersebut merupakan sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan oleh saya.

2) Negara kita telah mencipta sejarah pada PRU ke-14 tahun 2018 di mana atas sokongan padu rakyat Pakatan Harapan telah menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan buat kali pertamanya membentuk Kerajaan Pusat dan beberapa Kerajaan Negeri di Malaysia.

3) Akan tetapi, UMNO sekali lagi pada tahun ini telah merampas Kerajaan Pakatan Harapan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak serta beberapa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan yang lain, tindakan UMNO sedemikian telah jelas menderhakakan mandat rakyat.

4) Kedua-dua peristiwa tersebut mengingatkan diri saya bahawa saya tidak akan menyokong mana-mana calon daripada UMNO sebagai Menteri Besar Perak yang berikutnya.
5) Saya berharap dan menyeru rakan-rakan sepejuangan DAP khasnya ADUN-ADUN DAP Negeri Perak menyokong pendirian saya dan seterusnya menolak mana-mana calon daripada UMNO sebagai Menteri Besar Perak berikut.
Sekian terima kasih.

KENYATAAN MEDIA ADUN DAP POKOK ASAM, LEOW THYE YIH

1. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak mewakili Pasir Bedamar, saya ingin membuat penjelasan serta pendirian saya di sebalik pergolakan kuasa antara UMNO dan BERSATU di Perak berdasarkan pertanyaan yang sering ditujukan kepada saya daripada akar umbi

2. Parti DAP sudah lama berjuang di atas prinsip untuk keadilan untuk rakyat dan asas demokrasi yang adil dan saksama tanpa mengira kaum. Melawan korupsi dan salah guna kuasa adalah satu pendirian kami di dalam DAP tidak akan gadaikan.

3. Membela rakyat yang ditindas adalah salah satu tanda ciri DAP yang sudah lama dikenali. Malahan pemimpin parti DAP pernah disumbat masuk ke penjara hanya kerana membela hak seorang anak gadis melayu yang mendakwa telah diperkosa seorang ahli politik di Melaka.

4. Menyuara dan menuntut keadilan untuk rakyat serta melawan salah guna kuasa dan korupsi adalah antara beberapa sebab saya menyertai parti DAP. Dan DAP telah memberi saya peluang untuk berkhidmat di kawasan saya dan negeri Perak yang saya cintai.

5. Melihat perkembangan politik di Perak kini dan pergolakan kuasa pada 2009, disebalik semua krisis ini adalah mainan parti UMNO dan pemimpin tertinggi UMNO sendiri.

6. Semenjak dipilih rakyat pada Pilihan Raya 2018, Pakatan Harapan telah mendedahkan banyak kes-kes korupsi dan salahguna kuasa yang melibatkan bekas Perdana Menteri dan juga Menteri-Menteri yang kini menghadapi tuduhan tersebut di dalam mahkamah. Ramai yang terpalit dalam kes-kes ini adalah daripada pemimpin atasan UMNO.

7. Saya rasa amat risau dan cemas apabila timbul kenyataan yang dilapor di media masa utama bahawa DAP di Perak bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik, terutamanya parti UMNO, untuk ‘menamatkan’ krisis pergolakan kuasa yang sedang berlaku di Perak. Sekiranya ‘bekerjasama’ bermakna menyokong sebuah pembentangan pembelanjawan yang memanfaatkan rakyat di kala gejala penyakit Covid19 ini merebak, sudah pasti sebagai ADUN yang bertanggungjawab, saya akan menyokong usul sebegini demi kemajuan negeri Perak. Tetapi bukan jenis kerjasama membabi buta yang akan menyokong mana-mana salah guna kuasa dan korupsi

8. Sekiranya semua parti komponen Pakatan Harapan telah memutuskan pendirian menyokong kerajaan perpaduan ini, sudah pasti pucuk pimpinan parti sebulat suara menyarankannya. Akan tetapi, apa yang berlaku di Parlimen pada 27 Oktober lepas berkenaan kerjasama UMNO dalam penerimaan belanjawan 2021 memberi gambaran UMNO tidak jujur.

9. Kita harus ingat bahawa sebuah Kerajaan Pakatan Harapan sah yang dipilih rakyat melalui Pilihan Raya Umum ke-14 telah ditamatkan riwayatnya oleh pengkhianatan segelintir bekas pemimpin PH dengan bantuan UMNO.

10. Kini kita lihat Kerajaan Perikatan Nasional, yang sering mengubah dasar kerajaan sehingga menyusahkan rakyat hanya kerana hendak memenuhi nafsu beberapa pemimpin UMNO, adalah sebuah kerajaan yang tidak sahih, dan hanya satu ‘marriage of convenience’ antara individu-individu yang tamak kuasa dan pemimpin yang ingin membebaskan diri daripada tuduhan kesalahan mereka.

11. Malahan dalam persepsi sebahagian rakyat, salah guna kuasa dan korupsi sudah sebati dengan UMNO. Tidak semestinya semua ahli dan pemimpin di dalam UMNO bersifat sedemikian tetapi malangnya masih ada pemimpin atasan UMNO yang sedang menghadapi pertuduhan salah guna kuasa di mahkamah dan telah disabitkan kesalahan dan masih mempunyai pengaruh dan kuasa di dalam UMNO hari ini.

12. Sepatutnya sebagai parti yang berprinsip, kita tidak patut berganjak daripada pendirian kita untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pemimpin yang tidak berprinsip. Sebaliknya kita boleh bekerjasama dengan individu yang berprinsip.

13. Kita tidak harus lupa, bahawa pencaturan terkini adalah hanya untuk ‘menukar’ MB bagi manfaat mereka sendiri! Sekiranya mereka hanya ingin MB dari UMNO sahaja, maka Perikatan Nasional akan kekal menerajui kerajaan negeri. Kalau tidak, mengapa turunkan MB dari Bersatu?

14. Akhir kata, pendirian saya, Pakatan Harapan tidak seharusnya bekerjasama dengan UMNO dalam gabungan kerajaan perpaduan Perak ini kerana pertukaran Menteri Besar dan EXCO negeri Perak ini hanyalah permainan politik pemimpin atasan UMNO untuk menukar Menteri Besar Perak. Rakyat akan menghukumi Pakatan Harapan di PRU akan datang kerana bersekongkol dalam permainan ini.

15. Saya sedar yang kini kita berada dalam kebuntuan dalam situasi politik di negeri Perak sekarang dan ramai rakyat risau tentang tiadanya kerajaan negeri yang berfungsi sekarang di Perak. Saya percaya yang Tuanku DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan membuat segala keputusan yang dikiranya baik dan mendahulukan rakyat negeri Perak demi kebaikan kerajaan Tuanku. Saya akan menjunjung segala titah Tuanku dalam perihal ini.


Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3855817541128942

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo