NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Sembilan Kumpulan Perubatan Jepun Isytihar Darurat

Sembilan kumpulan perubatan di Jepun pada Isnin mengisytiharkan darurat apabila sistem rawatan di seluruh negara diancam krisis berikutan peningkatan kes Covid-19, lapor Jiji Press.

"Sistem perubatan yang membolehkan setiap orang menerima rawatan berada dalam situasi yang sangat tidak menentu," kata Ketua Persatuan Perubatan Jepun Toshio Nakagawa, pada sidang media bersama di Tokyo.

"Kita perlu mengurangi kes jangkitan baharu dengan apa jua cara," kata Nakagawa, yang menyifatkan penularan virus Covid-19 kini menjadi satu "ancaman luar biasa," dibandingkan dengan penyebaran influenza pada musim sejuk.

Sembilan kumpulan itu mendesak masyarakat mengambil langkah-langkah menyeluruh untuk mencegah jangkitan dan meminta pemerintah pusat dan daerah menyokong petugas perubatan barisan hadapan.

Beberapa perwakilan daripada sembilan kumpulan itu meminta sekatan pergerakan lebih ketat oleh pemerintah untuk membendung virus tersebut.

Sembilan kumpulan itu termasuk Persatuan Hospital Jepun, Persatuan Perubatan Tokyo, Persatuan Pergigian Jepun, Persatuan Farmasi Jepun dan Persatuan Jururawat Jepun.


- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo