NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Seluruh Dunia Menutup Sempadan Dengan Britain, Bimbang Ancaman Baru


Negara-negara di seluruh dunia menutup sempadan mereka kepada Britain pada Isnin kerana kebimbangan terhadap ancaman varian baru coronavirus baru yang sedang menular di negara itu pada kadar segera. Ini menyebabkan perjalanan menjadi kacau bilau dan meningkatkan prospek kekurangan makanan beberapa hari sebelum Britain dijadual untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

India, Pakistan, Poland, Sepanyol, Switzerland, Sweden, Rusia, Jordan dan Hong Kong menggantung perjalanan ke atas rakyat Britain setelah Perdana Menteri Boris Johnson memaklumkan bahawa varian virus yang telah mutasi telah dikenal pasti di negara itu. Arab Saudi, Kuwait dan Oman menutup sempadan mereka sepenuhnya.

Beberapa negara lain menyekat perjalanan dari Britain pada hujung minggu, termasuk Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Austria, Ireland, Belgium dan Kanada - walaupun para pakar berkata, varian baru virus itu mungkin sudah merebak di negara-negara tertentu yang mempunyai kaedah pengesanan yang kurang maju berbanding Britain.

Perancis menutup sempadannya dan melarang kemasukan orang dan lori dari Britain, - ini adalah hubungan perdagangan darat yang paling penting di Eropah.

Lori yang terkandas berbaris puluhan kilometer di lebuh raya menuju ke pelabuhan Dover, pintu masuk perdagangan utama Britain dengan benua Eropah dan ribuan pemandu yang mahu menuju ke Eropah terkandas.

"Peluang saya pulang untuk Krismas tipis. Ini bodoh dan saya bimbang serta sangat tidak senang dengan larangan itu,” kata Stanislaw Olbrich, seorang pemandu lori warga Poland berusia 55 tahun yang terkandas 40km ke utara Dover.

Penemuan strain baru, hanya beberapa bulan sebelum vaksin dibekalkan secara meluas, menyebabkan panik baru dalam wabak yang telah membunuh kira-kira 1.7 juta orang di seluruh dunia dan lebih dari 67,000 di Britain.

- Reuters

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo