NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas Wilayah, Kedah juga wujudkan negeri bebas berniaga


Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanui Md Nor berkata, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah membuat keputusan untuk mewujudkan kawasan bebas berniaga.

Kawan berkenaan khusus kepada para peniaga / penjaja statik atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan di bawah Majlis Perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Majlis Perbandaran Kulim (MPK) dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), berkuat kuasa mulai 15 November 2020.

“Kepada sesiapa yang ingin berniaga bolehlah merujuk dan mendapatkan kelulusan daripada PBT yang terlibat berkenaan lokasi berniaga yang dipilih.

“Peniaga dan penjaja dikehendaki memohon PERMIT PERNIAGAAN SEMENTARA SECARA BULANAN iaitu tidak secara kekal dan akan dikenakan caj sebanyak RM10.00 sahaja sebulan dan boleh membuat pembayaran di PBT yang terlibat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, para peniaga perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh PBT seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Penjaja dan Gerai PBT masing-masing. SM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo