NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilihan raya Presiden AS: Biden, Trump bertarung sengit di kawasan kritikal menjelang penutupan pengundian



Oleh Fetty Rara

SAINGAN sengit disaksikan di serata Amerika Syarikat dengan Presiden Donald Trump dan calon Demokrat Joe Biden bertarung untuk menguasai White House dalam apa yang dianggap sebagai pilihan raya paling bersejarah berlatar belakangkan pandemik dahsyat dalam 100 tahun.

Rangkaian berita CNN meramalkan bahawa Biden akan memang di Illinois, New Hampshire, New Mexico, Colorado, Connecticut, New Jersey, New York, Vermont, Delaware, Washington, DC, Maryland dan Massachussets.

Rangkaian tersebut turut mengunjurkan kemenangan bagi Trump di Missouri, Kansas, Utah, Louisiana, Alabama, South Carolina, North Dakota, South Dakota, Arkansas, Indiana, Oklahoma, Kentucky, West Virginia dan Tenessee bersama tiga daripada lima undi elektoral di Nebraska.

Nebraska memberikan dua undi elektoral kepada pemenang negeri sementara membahagikan tiga yang lain bagi daerah kongres.

Bagi Lembaga Pemilih (Elektoral College) Biden mendahului pada peringkat awal ini, 118-105; 270 undi elektoral diperlukan untuk dilantik menjadi presiden.

Trump mendahului di Florida yang merupakan di antara negeri-negeri yang beliau perlu kuasai bagi menjamin nasibnya untuk penggal kedua.

Sementara itu pihak Demokrat semakin mengharapkan kepada Ohio dan North Carolina di mana kemenangan Biden boleh menyekat laluan Trump untuk meraih 270 undi elektoral yang beliau amat perlukan.

Biden turut mendahului di Ohio, di mana nisbah kecil daripada undi yang dikira merupakan undian awal. Buat masa ini beliau dilihat kuat di kawasan pedalaman yang dianggap sebagai pertimbangan penting.

Pengundian telah tamat di sebahagian besar wilayah timur dan tengah AS susulan semalaman yang dirasakan amat getir bagi pengundi negara itu demi menentukan hala tuju kepimpinan negara untuk empat tahun akan datang dan menyingkirkan seorang presiden yang paling berkontroversi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo