NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilihan Raya AS: Calon Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Menang di Dakota Utara


WASHINGTON, 5 Nov (Bernama) -- Seorang ahli perniagaan dan calon dari Republikan di Dakota Utara yang meninggal dunia akibat COVID-19 bulan lalu, menang pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Anadolu pada Rabu.

Difahamkan David Andahl, 55, meninggal dunia 5 Oktober lalu, tetapi namanya masih tertera pada kertas undi dan diumum memenangi satu daripada dua kerusi Dewan Negeri dengan memperoleh 35.53 peratus undi.

Rakannya juga dari Republikan, Dave Nehring turut menang dengan memperoleh 40.72 peratus berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Keluarga Andahl mengumumkan kematiannya menerusi Facebook pada 6 Oktober.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo