NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilihan Raya AS: Biden Lawan Trump, Jangkaan, Harapan Dan Peranan



1. Pilihanraya Presiden US kali ini boleh jadi yang paling sengit kalau Biden menang. Ikut rekod, tahun 2000 paling sengit. Bush (271), Gore (266). Tapi kalau Biden menang, kemungkinan besar resultnya Biden (270), Trump (268)

2. Ini mengambil kira negeri paling sengit yang belum habis kira iaitu Nevada (NV). Ia adalah salah satu negeri penentu (swing states) yang belum habis kira selain North Carolina (NC) dan Pennsylvania (PA). Tapi NC dan PA nampak macam dah confirm Trump dapat. Majoriti agak jauh setakat ini. Tambahan, Trump masih popular di Rust Belt walaupun merosot.

3. Setakat ini Biden mendahului di NV. Tapi tak banyak, majoriti 20k je. 25% undi lagi belum dikira. 2016 dulu NV undi Clinton. Tapi kali ini Trump dapat lebih undi berbanding 2016 walaupun belum habis kira. Kalau Trump dapat flip NV, Biden dah boleh menangis di bucu katil.

4. Walaupun ramai penganalisis politik letakkan Florida (FL) sebagai indikator antaranya sebab ia swing state yang banyak kerusi (29) dan bercampur sosiobudaya, tapi dalam keadaan sengit macam ini, NV pun kena tengok juga walaupun kerusi sikit (6). Ikut daerah, Trump lebih banyak menang di NV.

5. Oh ya. Trump dah menang di Florida. Ikut sifir popular, Trump bakal menang.

6. Jangan percaya sangat laporan media. Kebanyakannya demokrat kuasai. Tak pelik kalau nampak macam Biden ada harapan besar. Masa Trump vs Clinton 2016 pun, propaganda dia lagi dahsyat dari sekarang. Siap panggil Madam President lagi sebelum keputusan selesai.

7. Kita kat Malaysia ni nak siapa menang? Mestilah kena pilih yang paling menguntungkan kelangsungan Islam. Walaupun dua-dua tak favor kepada Islam, tapi kena tengok dasar mana yang lebih rendah mudarat kepada Islam. Nabi bila perang Rom-Parsi, dia harap Rom menang walaupun dua-dua musuh Islam.

8. Secara peribadi saya cenderung untuk Trump terus menang. Dasar luarnya yang agak isolationism memberi nafas buat dunia Islam untuk mengatur langkah. Tapi kalau dunia Islam tak ambil peluang, tak ada guna juga.

9. Mungkin Biden agak popular di kalangan muslim di US. Sebabnya dia bawa ideologi partinya Democrat dan liberal-internationalism. Ideologi ini agak memberi ruang kepada imigran. Kebanyakan muslim di sana adalah imigran. Trump tak popular sebab dia white-supremacist.

10. Tapi bila timbang-timbang antara maslahah minoriti muslim di sana dan maslahah Islam sejagat, perlu dahulukan yang lebih ramai. Ini yang diajar dalam Fiqh Muazanat.

11. Isu Trump sokong agenda Israel, mana-mana Presiden pun akan sokong. Bahkan waktu mula-mula luluskan akta Kedutaan Jurusalem tahun 1995 bawah kerajaan Clinton dari Demokrat. Trump kuatkuasakan sahaja. Deal of The Century pun rentetan Two States Solution berkurun dulu.

12. Bezanya, Trump sokong sebab tak nak terlibat secara langsung dah konflik di Asia Barat ni. Tak nak habiskan duit mereka di sana. Cuma nak pastikan negara-negara kuasa serantau di sana jadi sekutu mereka. Biar Israel selesaikan dengan kos sendiri. Bila Saudi sanggup bagi dana, itu lagi baik. Dalam kepala Trump, apa-apapun kena utamakan nak jimatkan duit US di peringkat politik antarabangsa. 

13. Liberal-internationalism yang demokrat perjuangkan bukan sahaja nak memastikan US terus dengan ideologi liberal, tetapi juga beragenda memastikan seluruh dunia menganut liberalisme. Atas alasan inilah, US akan campurtangan hal negara-negara lain seperti membiayai parti-parti liberal, menyokong perubahan kerajaan hinggalah ke tahap campurtangan ketenteraan, directly mahupun proxy.

14. Andai Trump masih di tampuk kuasa, sepatutnya gunalah peluang vakum yang diabaikan US untuk diisi dengan agenda yang menguntungkan Islam. Turki, Qatar dan Iran nampak peluang ini. Sebab itu nampak mereka rancak bersilat di pentas Asia Barat. 

15. Gunakan ruang untuk perkasa kesatuan negara Islam. Majukan ekonomi dan teknologi sendiri. Kuatkan pakatan dengan rakan strategik yang berseteru dengan US seperti Rusia, Venezuela dan Cuba.

16. US era Trump lebih sibuk nak hadapi China sebab risaukan ekonomi. Biarkan dua negara besar ini dengan hal mereka. Umat Islam perlu jadi kancil yang memperbodoh harimau dan ular. Bukan jadi pelanduk yang mati di tengah dua gajah.

17. Apapun, kita bersedia sahajalah walau siapa menang. Biden atau Trump, ia sekadar episod Rom dan Parsi. Akhirnya dua-dua lawan kita.
(Alang Ibn Shukrimun)
19 Rabiul Awwal 1442
5 November 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo