Konfrontasi Palestin-Israel semakin panas di Tebing Barat

14 NOV: Konfrontasi meletus petang semalam antara warga Palestin dan tentera rejim Zionis Israel di beberapa kawasan di Tebing Barat.

Memetik laporan Palestinian Information Center, di Al-Khalil, pertembungan berlaku antara pemuda-pemuda Palestin dan tentera rejim di kawasan Bal Al-Zawiya di pusat bandar tersebut.

Tentera rejim melepaskan gas pemedih mata, bom tangan pegun dan peluru getah terhadap pemuda-pemuda terbabit.

Di sempadan utara Qalqilya, tentera rejim memburu sekumpulan pemuda Palestin dan melepaskan bom gas ke dalam rumah penduduk.

Menurut sumber, tiga rakyat Palestin cedera akibat tembakan peluru getah dan berpuluh-puluh lagi sesak nafas apabila tentera rejim menyuarakan perararakan di Kafr Qaddum, Qalqilya.

Peserta perarakan melaungkan slogan patriotik menyeru kebangkitan rakyat dipertingkatkan.

Kebelakangan ini, tentera rejim Zionis Israel meningkatkan serbuan di kampung berkenaan bagi menggagalkan perarakan yang dianjurkan setiap minggu.

Selain itu, beberapa rakyat Palestin yang membantah penempatan haram Yahudi di Beit Dajan turut cedera akibat diserang tentera rejim.

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2020/11/14/konfrontasi-palestin-israel-semakin-panas-di-tebing-barat/
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post