NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cadangan pengundian berbelah bahagi Belanjawan 2021 tidak menjadi. Hanya 13 ahli parlimen bangun desak pengundian belah bahagi



Belanjawan 2021 yang menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu, akhirnya diluluskan melalui undi suara di Dewan Rakyat hari ini.

Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mahu pengundian dibuat secara en bloc tidak kesampaian apabila cadangan itu gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen.

Ketika semakan dibuat kakitangan Dewan Rakyat hanya 13 ahli parlimen yang berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz.

Bagaimanapun pengundian hari ini adalah kekangan pertama yang perlu dilalui belanjawan kerajaan Perikatan Nasional.

Selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan sebelum ia sekali lagi diundi sebelum diluluskan.

Sokongan yang diberikan hari ini dibuat selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan pelbagai peruntukan tambahan termasuk kebenaran mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dituntut pelbagai pihak.

Untuk rekod ada beberapa cara sesuatu usul itu diterima atau ditolak.

Mengikut peraturan speaker terlebih dahulu akan bertanya sokongan pihak yang setuju sebelum menguji undian suara mereka yang tidak bersetuju.

Sekiranya terdapat lebih banyak suara ahli parlimen yang bersetuju, undian akan diluluskan.

Namun, mana-mana ahli parlimen boleh mempertikaikan keputusan tersebut dengan meminta undian secara en bloc – atau belah bahagi – dibuat.

Bagaimanapun ia memerlukan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen menyokongnya.

Senarai 13 Ahli Parlimen tidak menyokong Belanjawan 2021 dan mohon utk UNDI BELAH BAGI

1. Mahathir Mohamad (Langkawi)
2. Mukhriz Mahathir (Jerlun)
3. Mahfuz Omar (Pokok Sena)
4. Khalid Samad (Shah Alam)
5. Hanipa Maidin (Sepang)
6. Mat Sabu (Kota Raja)
7. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
8. Hatta Ramli (Lumut)
9. Anuar Tahir (Temerloh)
10. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
11. Hasanuddin Yunus (Hulu Langat)
12. Hasan Bahrom (Tampin)
13. Salahuddin Ayub (Pulai)



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo