NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2021 Sucks Teruk?


Salam semua, semalam Belanjawan 2021 telah dibentangkan. Ini adalah belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia, melebihi RM300Bil. Ini untuk Belanjawan 2021, tak termasuk dgn Program Penjana, Prihatin sebelum ini yang juga lebih RM150bil. Jadi tahun ini sahaja kita dah berbelanja lebih RM500Bil . Kalau berbanding Belanjawan 2019 atau 2020, bagi saya Belanjawan ini jauh lebih bagus.

Dan belanjawan kali ini, ternyata bukan belanjawan untuk semua. Sama juga seperti belanjawan 2018-2019. Saya lihat ramai juga yang tak suka Belanjawan 2021, kerana ramai yang ditinggalkan. Terutamanya T20 dan majoriti M40. Hampir tiada apa-apa untuk kami. Bila saya lihat apa yang Belanjawan ni bakal buat untuk orang macam saya, memang saya rasa umpama dilupakan. 

Tapi saya sedar kenapa kerajaan buat begini. Saya masih ada pekerjaan, business masih berjalan, pendapatan masih ada. Masih mampu berbelanja, masih mampu makan luar di restoran, masih mampu pergi holiday. Masih boleh bayar loan rumah dan kereta. Alhamdulillah.

Tapi beratus ribu orang di luar sana, kehilangan kerja dan terpaksa tutup perniagaan. Kena potong gaji. Mereka perlu bantuan kerajaan jauh lebih kritikal dari orang macam saya. Ada yang hingga stress hingga bunuh diri dan dera anak. Tak kira
T20, M40, atau B40. Mereka yang terkesan teruk semua dapat :

1- Lanjutan moratorium bersasar, hingga June tahun depan untuk mereka yang terkesan dari segi pendapatan dan pekerjaan. Kelulusan lebih 85% untuk mereka yang terkesan teruk.

2- Pengeluaran EPF RM500 sebulan.

3- Bantuan gaji dari Socso untuk mereka yang terkesan dari segi pendapatan dan pekerjaan.

4- RM50 sebulan untuk belia yang hari ni sukar nak cari pekerjaan baru sebab banyak syarikat sedang ikat perut dan tak mahu ambil pekerja baru

5- Masuk program untuk reskill dan upskilling supaya mereka ada skill baru untuk cari rezeki. 

6- MRT 3 - Supaya mereka boleh pergi kerja naik MRT sahaja dgn kos pengamgkutan RM30 sebulan. Saya ada kereta jadi MRT ni memang tak bantu saya pun. So ini bagus untuk M40 dan B40 dan perpuluh ribu perkerjaan bakal dicipta.

7- RTS - bantu B40 dan M40 di JB dan Singapura supaya mereka tak perlu travel 2-3 jam tiap hari nak pergi kerja ke Singapura. Kasihan mereka bertahun bangun jam 5am semata mata nak carik rezeki di Singapura. InsyaAllah juga berpuluh ribu pekerjaan bakal dicipta.

8- Insentif kerajaan kepada syarikat MNC supaya mereka datang melabur ke Malaysia dan buka 250,000 peluang pekerjaan baru di Malaysia. Saya dah ada kerja dan syarikat sendiri jadi memang ni tiada impak untuk saya. Ni bagus untuk semua yang terkesan.

Jadi bohonglah kalau saya cakap Belanjawan 2021 ni Belanjawan untuk semua. Sebab majoriti T20 dan M40 yang masih ada perkerjaan dan pendapatan , boleh kata tak dapat apa-apa dari belanjawan ini dalam jangka masa pendek. 
Tapi walaupun saya tak dapat apa dari belanjawan ini, saya sokong Belanjawan ini sebab :

A- Sangat-sangat membantu mereka yang terkesan teruk disebabkan Covid. Loan moratorium, Socso, pengeluaran EPF, reskill dan upskill.

B- Insentif besar untuk menggalakkan pelaburan dari luar yang boleh cipta beratus ribu peluang pekerjaan baru untuk mereka yang kehilangan pekerjaan.

- Mega-projek seperti MRT3, RTS, HSR, KwasaLand dan Bandar Malaysia yang akan cipta banyak peluang pekerjaan dan juga ada banyak multiplier effect positif pada jangka masa panjang.
Yang saya tak setuju berkenaan Belanjawan 2021, adalah peruntukan RM81juta kepada Jasa. Jadi dari 320bil peruntukan, RM81 juta ni saya tak setuju. Mudahan dalam sesi bahas di Parlimen nanti MP akan grill benda ni kaw-kaw. Benda yang betul kita sokong dan yang tak betul kita bahas dan reject. Yang lain bagi saya, memang lagi bagus dari apa yang kita dapat dalam Belanjawan 2019, dan Belanjawan 2020. 

Dan kepada kawan-kawan M40 dan T20, memang kita tak dapat apa sangat dari Belanjawan 2021 ini kalau pendapatan kita masih tak terjejas. Kita semua sedang suffer bezanya sedikit atau banyak sahaja. Kalau kita kena buang kerja kita juga akan dapat banyak bantuan macam B40 juga. Tapi kalau saya diberi pilihan between dibuang kerja/ putus pendapatan semata mata untuk dapatkan bantuan begini, saya bersyukur dgn apa yang ada sekarang, dan tak mahu bantuan. Kalau kita tak dapat apa apa dari Belanjawan ini, maksudnya kehidupan kita dan rezeki lebih baik dari mereka yang berjaya dapatkan bantuan. 

Its better for all of us to suffer a little bit, than any of us to suffer alone. Kita buat bahagian kita, bantu apa yang kita boleh bantu. Kita support kawan-kawan yang terkesan, terutamanya mereka yang kena buang kerja dan baru nak mulakan bisnes kecil-kecilan. Lets be kinder to each other. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo