Belanjawan 2021: Sikap berbeza Kerajaan PN-PH


KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2021 telah menyaksikan sanjungan tinggi Kerajaan Persekutuan diterajui Perikatan Nasional (PN) terhadap para penjawat awam, tentera, polis dan pesara.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, perkara tersebut amat berbeza semasa Kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang tidak menghargai golongan tersebut.

Bahkan katanya, semasa negara ditadbir PH, para penjawat awam, tentera, polis dan pesara sentiasa dicurigai dan diposisikan seolah-olah musuh di mana sentiasa sahaja mahu menghukum mereka.

Sebaliknya ujar beliau, menerusi pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam, Kerajaan PN menzahirkan keprihatinan terhadap pengorbanan golongan tersebut dengan peruntukan yang dikhususkan.

“YB Menteri Kewangan (Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) semasa pembentangan Belanjawan di Parlimen semalam beberapa kali mengulangi penghargaan Kerajaan Persekutuan kepada golongan ini,” ujar beliau yang juga Setiausaha PAS Negeri Kelantan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II ini turut menyatakan bahawa para penjawat awam, tentera, polis dan pesara sewajarnya disanjung kerana menjadi tulang belakang dan penggerak kerajaan.

Malah puji beliau, jentera terpenting kerajaan kepada rakyat ini adalah barisan hadapan yang cekal dan komited ketika negara dan seluruh dunia kini sedang berhadapan cabaran berisiko yakni pandemik COVID-19. 
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post