NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2021: Skim i-Sinar diperluaskan kepada semua ahli KWSP - Tengku Zafrul



KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.

Selain itu, Zafrul berkata kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000.

"Justeru setelah berbincang dengan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan program i-Sinar dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.

"Tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan, terkurang pendapatan mereka tahun ini, ahli tersebut layak untuk membuat pengeluaran dari akaun satu, tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak.

"Selagi mereka terjejas pendapatan dengan ketara, mereka boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun satu KWSP.

"Daripada dua juta ahli yang layak sebelum ini, kita buka kepada lebih lapan juta ahli, tambahan pula setiap ahli dibenarkan mengeluarkan sehingga RM9,000, kini dibenarkan mengeluarkan sehingga RM10,000," katanya dalam sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo