NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2021: Jika tidak lulus, belum tentu kerajaan hilang keabsahan - Penganalisis


KUALA LUMPUR: Sekiranya Rang Undang-undang (RUU) Pembekalan 2021 tidak diluluskan, ia tidak bermaksud kerajaan hilang legitimasi (keabsahan).

Pensyarah Kanan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan berkata sekiranya Belanjawan 2021 tidak mendapat sokongan, ia tidak semestinya secara automatik dikaitkan dengan undi tidak percaya.

“Jika belanjawan tidak diluluskan, ia tidak semestinya bermaksud secara automatik undi tidak percaya, ia tidak bermaksud kerajaan hilang keabsahannya,” katanya dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Khamis.

Bagaimanpun, Dr Ummu berkata jika Belanjawan tersebut ditolak, ia menunjukkan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah kehilangan kepercayaan majoriti.

Beliau berkata Muhyiddin perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembahkan perkara tersebut.

“Sekiranya belanjawan gagal diluluskan, Perdana Menteri perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong, mengatakan bahawa beliau hilang majoriti di Dewan Rakyat.

“Atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong bagi tindakan seterusnya.

"Belanjawan pada kali agak unik kerana Muhyiddin bukan sahaja ‘dicabar’ Ahli Parlimen parti pembangkang tetapi juga Ahli Parlimen dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sendiri,” katanya.

Mengambil contoh daripada negara Britain, perdana menterinya, Theresa May meletakkan jawatan apabila gagal mendapatkan undian majoriti di Parlimen untuk menyokong pelan Brexit yang dirundingkan pihaknya.

“Jika kami lihat di negara lain sebelum ini, contohnya di Britain.

“Perdana Menterinya, Theresa May meletakkan jawatan apabila gagal mendapat undian majoriti di Parlimen untuk menyokong pelan Brexit yang dirundingkan pasukannya.

“Beliau kemudiannya digantikan dengan Boris Johnson,” jelasnya.

Pengundian Rang Undang-undang (RUU) Belanjawan 2021 dijadualkan berlangsung pada Khamis selepas baki sembilan menteri membuat penggulungan bagi kementerian masing-masing.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo