NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahniah PAS Sabah atas lantikan seorang ADUN lantikan.

TAHNIAH SETIAUSAHA PAS SABAH YB DR. ALIAKBAR GULASAN ATAS PELANTIKAN SEBAGAI ADUN (DILANTIK) SABAH MEWAKILI PERIKATAN NASIONAL

Alhamdulillah. Tahniah buat sahabat saya YB Dr. Aliakbar Gulasan yang dijadualkan menerima Watikah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik) daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu pagi ini. 

Mari kenali ADUN Sulung PAS Sabah ini. YB Dr. Aliakbar, 49 tahun berasal dari Tenom, Sabah dan kini diamanahkan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah. Beliau juga pernah diamanahkan sebagai AJK Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat pada sesi 2015-2017. 

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera & Sains Sosial (Kepujian) (B.A Hons) dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Pengurusan Alam Sekitar serta PhD Geografi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Di sudut kerjaya, beliau merupakan mantan Pensyarah Kanan di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dr. Aliakbar juga diamanahkan sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia dan sebelumnya turut bersama saya sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Malaysian Palm Oil Certification Council - MPOCC.

Saya kenali beliau sebagai seorang yang tenang dan sangat tersusun dalam bekerja. Beliau banyak berperanan dalam menggerakkan PAS Sabah selain bersama-sama PAS Sarawak merencana agenda siyasah (politik), dakwah dan tarbiyah di Bumi Borneo.

Atas segalanya, tahniah dan siiru ‘ala barakatillah akhi. Teruskan perjuangan liridhalLah! šŸ‘šŸ’ššŸ‡²šŸ‡¾

#PASSabah
#MemimpinNegara
#DemiIslamTercinta
#SiyasahDakwahTarbiyah
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Akhukum Fillah;

Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
AJK Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak.


https://www.facebook.com/100009760117468/posts/1305533593115299/?extid=0&d=n

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo