NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Subang Jaya Kini Berstatus Bandaraya


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengiystiharkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mulai hari ini.

Ini bermakna Subang Jaya daerah ketiga diiktiraf bandaraya selepas Shah Alam dan Petaling Jaya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkenan Sultan Selangor itu dibuat menurut kuasa-kuasa yang diperuntukkan melalui Subseksyen 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Oleh itu, katanya Yang Dipertua MPSJ kini merupakan Datuk Bandar Subang Jaya.

“Kerajaan Negeri Selangor merafak sembah takzim dan menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor di atas perkenan yang telah diberikan dan semoga dengan pemasyhuran Majlis Bandaraya Subang Jaya ini, pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan terus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia.

Dengan izin Allah SWT, cita-cita ini akan dapat digembleng bersama ke arah merealisasi agenda Selangor Maju Bersama,” katanya.

Majlis Pengisytiharan Bandaraya Subang Jaya sepatutnya diadakan di Dewan Jubli Perak Shah Alam hari ini namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ia hanya dihebahkan melalui media massa atau secara maya sahaja.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo