SPRM SahKan Tiada Kesalahan Berkaitan Pembelian Kenderaan Mewah Oleh SADA

ALOR SETAR, 20 Okt: Tiada apa-apa kesalahan dikesan berkaitan isu pembelian sebuah kenderaan mewah oleh Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd, SADA, setakat ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Kedah, Datuk Shaharon Nizam Abd Manap.

Datuk Shaharon Nizam berkata, beberapa pegawai SPRM Kedah telah pergi ke pejabat SADA di sini, hari ini.

“Bagaimanapun, ia bukanlah serbuan tetapi hanya inisiatif awal diambil pihaknya untuk melakukan siasatan selepas isu berkenaan tular di media.

Setakat ini, belum ada apa-apa isu dibawah akta yang berkaitan dengan bidang kuasa SPRM dikesan dalam kes berkenaan…” Katanya ketika dihubungi RTM hari ini.

Bagaimanapun, pihaknya telah mengambil beberapa dokumen berkaitan pembelian kenderaan tersebut untuk siasatan lanjut.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu berkenaan.

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan pembelian sebuah kenderaan mewah oleh SADA.

Ia dipercayai untuk digunakan oleh tetamu kenamaan.

(SUMBER; BERITA RTM TV1, 20.10.2020)

Laporan penuh boleh disaksikan di link youtube dibawah:

https://youtu.be/qDmRBURkDzk
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post