NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kumpulan pertama jemaah umrah selepas 6 bulan Makkah ditutup



CERIA… Masjidil Haram di Makkah mula dibuka kepada kumpulan jemaah pertama pada 4 Oktober, setelah lebih enam bulan sekatan dikuat kuasakan berikutan penularan Covid-19 di Arab Saudi.

Portal berita tempatan, Arab News melaporkan, lebih 1.8 bilion umat Islam seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan pertama itu dibenarkan masuk ke Tanah Suci selepas waktu subuh.

Mereka antara kumpulan 6,000 orang jemaah untuk kuota setiap hari yang permohonan dilulus melalui aplikasi I’tamarna disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akhir bulan lalu.

Kerajaan negara itu terpaksa ambil langkah drastik bagi kekang penularan wabak maut Covid-19 sejak pertengahan Mac lalu, dengan gantung pelaksanaan ibadat umrah dan solat di Masjidil Haram.

Arab Saudi turut menyekat semua penerbangan antarabangsa selain pelaksanaan perintah berkurung bagi cegah peningkatan kes pandemik itu yang kini catat kumulatif hampir 336,000 pesakit positif.

Bagi tampung jemaah yang dibenarkan setiap hari, lima lokasi disediakan termasuk di Al-Gaza dan Ajyad, untuk berkumpul dan bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjidil Haram.

Kumpulan pertama itu disambut dengan pelbagai fasiliti kesihatan yang ditempatkan di pintu masuk dan di dalam Masjidil Haram termasuk disaring mesin pengimbas haba bagi pantau suhu badan.

Sejumlah 1,000 petugas dikerah sepanjang proses ibadah umrah di Masjidil Haram malah kompleks masjid terbesar di dunia itu turut melalui siri proses pembasmian kuman sebanyak 10 kali sehari.

Kesemua alat pendingin hawanya juga dilengkapi dengan teknologi pembersihan ultraungu canggih, manakala pembersihan rangkaian sistem penapisan udara di masjid dibuat sembilan kali setiap hari.

Ruang khusus sebagaimana disediakan untuk jemaah haji ketika melaksanakan ibadat rukun Islam kelima itu pada Ogos lalu turut diperkenalkan bagi mudah akses sepanjang berada di Masjidil Haram.

Presiden Hal Ehwal Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdulrahman Al-Sudais merujuk kepada dekri kebenaran diraja daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Baginda membenarkan jemaah mengerjakan umrah di Masjidil Haram dan ziarahi Raudhah yang terletak dalam Masjid Nabawi dengan patuhi protokol ketat langkah pencegahan Covid-19.
-BebasNews


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo