NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahniah Atas Pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke-13

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Hj. Mahadi Che Ngah di atas pelantikan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke–13 berkuatkuasa 1 Oktober 2020.

Berkelulusan ijazah pertama dalam bidang Perancang Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Malaysia, seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam Pembangunan Bandar di University of Strathclyde, Glasgow.

Sebelum ini, beliau berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa pada April 1983 dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Eksekutif (Perancangan) sebelum bersara wajib pada September 2019.

PAS percaya, berbekalkan kemahiran dan pengalaman, beliau akan dapat menjalankan tugas sebaik mungkin demi kesejahteraan ibu negara Malaysia ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo