TunM Sahkan Beliau Ada Menulis Surat Kepada Muhyiddin

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa dia ada menulis surat kepada menteri dalam negeri Muhyiddin Yassin yang meminta agar kumpulan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak lagi diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas.

Wakau bagaimanapun, dia menolak surat yang disebarkan pada akhir minggu lalu, yang mendakwa dia menyokong LTTE.

“Saya tak sokong LTTE... masalah itu berlaku kerana Sri Lanka, bukan kita. Tak perlu la kita ambil tindakan macam itu (senarai hitamkan mereka) melainkan dia buat benda-benda tak baik di Malaysia.

“Mungkin dia (mereka) kutip duit tapi zaman dulu pun dia kutip duit juga,” kata Mahathir pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dalam surat kepada Muhyididn yang ditulis pada 12 Februari, Mahathir berkata bahawa dia tidak melihat alasan untuk LTTE terus disenaraikan sebagai organisasi pengganas sedangkan Sri Lanka tidak lagi berbuat demikian.

Tahun lalu 12 orang termasuk dua wakil rakyat DAP ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan LTTE.

Pengkritik mempersoalkan keputusan itu, kerana LTTE telah dibubarkan pada 2009 setelah dikalahkan oleh tentera Sri Lanka.

Pertuduhan ke atas 12 mereka itu kemudiannya digugurkan, dan semakan kehakiman untuk mengeluarkan kumpulan itu dari senarai keganasan akan diputuskan pada 17 September ini.

Dalam suratnya, Mahathir juga mempersoalkan mengapa pemimpin Hamas diterima di Malaysia walaupun mereka juga diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas.

Pada sidang akhbarnya hari ini, bekas perdana menteri itu berkata, ini tidak bermaksud bahawa dia secara peribadi menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

“Bukan saya kata Hamas tu terroris, Hamas ditakrif sebagai terroris oleh Amerika Syarikat. Dunia cakap Hamas tu terroris," katanya.

Sebaliknya, Mahathir berkata bahawa dia berkawan dengan pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh.

“Kenapa saya jumpa Hamas punya ketua. Dia kawan dengan saya, takkan saya nak panggil terroris.

“Kita tak perlu cari masalah,” katanya
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!
Previous Post Next Post