NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada Istilah Berbulan Madu Bagi Kerajaan PN

BAGI memastikan Pakatan Nasional (PN) pimpinannya terus berfungsi sebaik sahaja dibentuk sebagai kerajaan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus bekerja siang dan malam untuk rakyat.

Kerajaan PN tidak pernah berbulan madu sebaliknya terus bekerja apabila diberi amanah mentadbir negara sejak Mac lalu.

“Kami tiada masa untuk berbulan madu sebagai kerajaan baharu. Tidak ada tempoh bulan madu untuk kita semua.  Kami bekerja sebagai pemerintah yang berfungsi dari semasa ke semasa,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutup Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) anjuran anjuran Pertubuhan Intektual Negara (PINTAR) di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, di Kuala Lumpur malam ini.

Penularan wabak Covid-19 pula merupakan krisis sukar yang menguji tanggungjawab kerajaan PN kepada rakyat namun ia berjaya diharungi dengan baik hasil sokongan semua.

“Malaysia dikatakan antara negara yang paling berjaya dalam menangani krisis COVID-19,” katanya.

Katanya, apa yang mendorong kepada kejayaan itu ialah ketegasan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, kedai-kedai ditutup, pejabat tidak beroperasi, sekolah tutup dan kilang-kilang serta lain-lain lagi semuanya tidak beroperasi hingga tiada langsung pergerakan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Semua langkah itu katanya, penting diambil oleh kerajaan demi untuk menjaga nyawa rakyat,.

“Alhamdulillah, selepas enam bulan, Malaysia telah hampir berjaya membendung wabak COVID-19.

“Kes-kes penularan tempatan adalah rendah. Pada masa-masa tertentu jumlah kes harian yang dilaporkan hanya satu digit sahaja. Kadar kesembuhan juga tinggi iaitu 97 peratus dan kadar kematian kekal rendah pada 1.3 peratus,” katanya.

Dalam ucapannya Muhyiddin turut menetapkan 10 asas penting bagi menentukan hala tuju negara pada masa hadapan di bawah PN.

Asas itu katanya termasuk hala tuju ekonomi, pendidikan, agenda Melayu, reformasi sektor kesihatan, integriti, keselamatan dan ketenteraman awam, perpaduan serta pendigitalan negara.

“Asas ini ditetapkan kerana kerajaan PN ini tidak mempunyai apa-apa manifesto atau akujanji yang biasanya dibentangkan kepada rakyat semasa kempen pilihanraya. Tanpa manifesto, saya fikir agak sukar untuk saudara-saudari menilai pencapaian kerajaan.

“Dalam tempoh enam bulan ini, kerajaan PN meletakkan beberapa asas penting yang akan menjadi hala tuju bagi tempoh akan datang,” katanya

Perdana Menteri berkata, asas pertama dari segi ekonomi, kerajaan sedang memberi tumpuan kepada usaha memulih dan merancakkan semula ekonomi negara pasca COVID-19 menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). – SM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo