Tolak Parti Musnahkan Kerajaan Pilihan Rakyat – Tun M

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Tun Mahathir Mohamad menyeru rakyat Sabah agar menyokong Warisan dan menolak parti yang boleh musnahkan kerajaan pilihan rakyat.

Mantan Perdana Menteri ini dalam satu klip video memaklumkan, rakyat Sabah perlu menolak parti yang cuba dibina melalui pintu belakang.

Rakyat Sabah seharusnya menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) yang merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sepatutnya tidak diadakan kerajaan rakyat Sabah sudah memilih kerajaan (Warisan) dalam PRU pada 2018.

Namun, disebabkan kerajaan pusat, Perikatan Nasional (PN) ingin merampas kerajaan pilihan rakyat Sabah, kerajaan terpaksa dibubarkan.

“Cara yang digunakan bertentangan dengan proses demokrasi. Kerajaan PN menggunakan sogokan wang untuk membeli wakil rakyat yang telah dipilih oleh orang Sabah.

“Ini bukan masa untuk politik lompat atau politik wang.

“Ketika ini, kita sepatutnya menumpukan perhatian kepada cara atasi wabak Covid-19 yang membawa kemerosotan ekonomi. Banyak rakyat berdepan masalah kerana Covid-19 menghalang perniagaan, ramai yang menganggur dan hilang mata pencarian,” ujarnya.

Dikala rakyat dilanda kesukaran, kerajaan Warisan membantu dengan mengagihkan bekalan makanan untuk rakyat dan sekarang mereka terpaksan berdepan pilihan raya hingga tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya dalam membantu rakyat.

Sebelum berlaku lompat-melompat, perancangan kerajaan Warisan berjalan baik dan kes Covid-19 juga dapat dikawal dengan baik.

Jika tidak diganggu, kerajaan Warisan yang dipilih oleh rakyat ini sudah pasti dapat meneruskan perancangan yang ada dalam membantu masalah ekonomi, kesihatan dan sosial yang dihadapi rakyat.

“Sekarang tumpuan Warisan tentu kepada pilihan raya negeri. Maka, segala perancangan dan pentadbiran negeri akan terganggu.

“Maka, saya harap rakyat sabah akan memilih Warisan semula sebagai kerajaan menerajui Sabah,” jelasnya - BorneoToday

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post